ERTI SEBUAH UKHUWAH

Ana uhibbuki fillah abadan abada ukhti!
Uhibbukum fillah akhawati !
Kata-kata yang sangat indah untuk diterima, kerana kita disayangi oleh orang lain. Tambahan pula kita disayang tanpa maksud lain tetapi semata-mata lillah taala. Tahniah sekiranya anda mendapat sahabat seperti ini. Jagalah dia sebaiknya.

Persahabatan terbina kerana ukhuwah. Bait ukhuwah sebenarnya memberi makna yang lebih mendalam daripada hanya sekadar berkawan ketika kita di dunia sahaja. Sebuah ukhuwah fillah perlu membawa kita ke syurga agar tidaklah sia-sia persahabatan yang dibina bertahun-tahun lamanya.

Apakah sudut pandang ukhuwah menurut Imam Syahid Hassan Al Banna ?

Ukhuwah yang dimaksudkan beliau :

Yang saya maksud dengan ukhuwah adalah terikatnya hati dan ruhani dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan dan semulia-mulianya. Ukhuwah adalah saudaranya keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kembarnya kekufuran. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan kesatuan; tidak ada kesatuan tanpa cinta kasih; minima cinta kasih adalah kelapangan dada dan maksimanya adalah itsar (mementingkan orang lain dari diri sendiri).

Pendek kata, kita hanya menyayangi seseorang atas nama aqidah, sebagai kekuatan kita untuk pelihara syariat Islam yang dibina atas cinta dan kasih. Saya ambil sebagai contoh, dua orang sahabat yang sentiasa berkasih sayang untuk memperbaiki diri mereka dan juga mengislahkan orang lain. Bila ukhuwah diuji, sikap berlapang dada menjadi benteng yang paling rendah dan sebaik-baik ukhuwah apabila kita mampu untuk itsar.

Lebih daripada itu, ukhuwah ini sangat penting dalam penerusan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah. Hakikat masuliyat dakwah dan tarbiyah ini amat berat bagi para daei. Lalu tidak mustahil sekiranya daei itu senang untuk berputus asa.

Nah, disini pentingnya kekuatan ukhuwah itu untuk membantu seorang ukhti tetap melakukan kerja dakwah walaupun dalam keadaan berat dan payah. Kata-kata pujuk dan semangat daripada seorang ukhti mampu mengubati rasa lemah yang sedang menyelubungi diri. Penangan ukhuwah juga mampu untuk menjadi salah satu faktor dalam pertimbangan sesuatu keputusan sekiranya seorang ukhti itu sedang menghadapi dilema dalam urusan kehidupan yang akhirnya keputusan itu akan menguntungkan dakwah.

Ukhuwah itu haruslah dibina semata-mata untuk membawa Islam ke tempat tertinggi dan ia pasti diuji. Jom perbaiki makna persahabatan yang kita fahami selama ini.
Pesanan penaja : ‘Ukhuwah’ laki-perempuan selfie-selfie is so wrong ok !

 

Penulis:

photo_2017-05-05_07-32-35

Amirah Binti Asri

JKAV PEMBINA Kuala Lumpur

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s