12 TIP KEKAL SIHAT DAN CANTIK DI USIA MUDA

Dengan nama Allah yang Maha Agung. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad saw, keluarga dan sahabat baginda, serta siapa sahaja yang mengikuti jejak langkah baginda. Moga kita semua tergolong di dalamnya!

Assalamualaikum, buat kaum hawa, siapakah yang tidak menginginkan tubuh badan yang sihat, muka yang cantik, diri yang kelihatan cergas sihat dan cantik. Tentu sekali setiap daripada kita muslimah menginginkannya dalam kehidupan.

Islam sangat menitikberatkan tentang kesihatan dan kecantikan diri. “Allah itu cantik dan sukakan kecantikan”.

Antara 12 tip untuk sihat dan cantik yang saya ingin kongsikan adalah ;

1) Jangan tinggal SOLAT
Selain diwajibkan solat, wudhu’ atau air sembahyang, boleh mencerahkan wajah, menyerikan wajah kaum hawa. Amalkan sentiasa mengambil wudhu’ selain solat dalam setiap perkara contohnya, ingin keluar berjalan, ketika menuntut ilmu, ingin tidur atau apa-apa sahaja perkara berwudhu’.
“Sesungguhnya umatku dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya wajah-wajah, tangan-tangan dan kaki-kaki mereka kerana bekas wudhu'”.
(HR. Bukhari dan Muslim)

2) Menjaga kecantikan kulit dengan minum air kosong sebaik bangun daripada tidur. Boleh juga tambah air suam dengan madu. Rasulullah s.a.w juga minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu merupakan penawar paling baik untuk pelbagai penyakit.

3) Berdoa setiap kali melihat cermin
“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka.”

4) Menggunakan produk yang halal untuk menjaga kulit
Selain usaha menjaga kecantikan dengan doa, menggunakan produk yang sah berkualiti dan halal perlu dititikberatkan.

5) Amalkan mandi pagi
Wajah akan berseri dan tubuh badan menjadi segar, sihat dan cergas.

6) Bangun sebelum subuh, menunaikan solat sunat, bersujud lama boleh memberi oksigen dan pengaliran darah yang baik pada tubuh badan kita sekaligus berdoa di dalam sujud.

7) Tidak makan berlebihan
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)”-mutaffaqun ilaih-

8) Riadah/bersukan
Sekurang-kurangnya sekali seminggu boleh dilakukan aktiviti memanaskan badan. Peluh yang keluar dapat menyihatkan badan dan mengeluarkan toksin badan. Berjalan kaki juga salah satu aktiviti sukan, Rasulullah saw juga gemar berjalan kaki.
“Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat.”

9) Menutup aurat
Menutup aurat wajib dalam Islam bagi insan yang bergelar muslimah. Muslimah yang menjaga aurat sangat cantik, terpelihara maruah diri, dan rasa dilindungi.
Firman Allah “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Al-Ahzab :59)

10) Tidak berhias berlebih-lebihan (tabaruj)
Solekan menipiskan kening, solekan muka yang tebal di hadapan ajnabi, memakai wangian yang menarik perhatian ajnabi serta menunjukkan perhiasan wanita seperti subang, gelang, baju/tudung corak yang berlebihan.
Firman Allah “Hai anak adam, pakailah pakaian yang indah di setiap (memasuki masjid), makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebihan”. 

“Janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu.” (Al Ahzab:33)

11) Menjaga akhlak
Muslimah yang baik sentiasa menjaga adab dan pertuturan sesama manusia.
Salah satu kecantikan pada muslimah ialah adab dan percakapan yang baik.
“Mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.”
(Hadis sahih riwayat Abu Daud&Ahmad)

12) Amalkan makanan tambahan sunnah seperti kurma, habbatus sauda, madu, zaitun, delima dan lain-lain lagi.
Kita sama-sama usaha mengamalkan makanan sunnah dalam kehidupan.
‘Peroleh kehidupan sihat&berkat dengan sunnah’

Namun begitu, tips ini memerlukan mujahadah(usaha) yang gigih, doa yang istiqamah, serta tawakal keimanan 100% kepada Allah. Niat adalah paling utama, iaitu letakkan niat kesihatan dan kecantikan diri kerana Allah, kerana Allah sukakan kecantikan. ‘Lebih baik dalaman(hati&rohani) diperelokkan dan lebih cantik, pasti luaran juga akan turut cantik’.
“Ingatlah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah hati(jantung).”(HR Bukhari&Muslim)

Jangan berputus asa untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Selamat berusaha mengamalkan 12 tip tersebut.

Semoga bermanfaat untuk muslimah solehah.

 

Penulis:
Muyassarah Azhar
Beliawanis PEMBINA Johor

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s