USAH TERLENA LAGI

Dengar sini anak muda,
Sudah terlalu lama kita terleka,
Kerana terlalu buta,
Kau biarkan cinta Tuhan demi cinta dunia dan manusia.
Dengar aku kata,
Itu semua dusta belaka!
Anak muda,
Di luar sana ada jiwa-jiwa yang sengsara,
Yang memerlukan khidmat sang daie seperti kita,
Masa yang kita ada terlalu berharga,
Untuk dihabiskan hanya di alam maya.
Apa yang kau akan jawab jika ditanyakan tentang sumbangan di dunia?
Datang dekat lagi anak muda,
Raver atau hipster itu budaya perosak minda,
Sudah-sudah lah berhedonisma,
Engkau kata engkau bukan biasa-biasa,
Mahu jadi antara yang bersuara.
Cakap saja, amalnya mana?
Dengar sini lagi anak muda,
Sedarlah tugas kita melebihi masa yang kita ada,
Sudah cukup ke amal kita kerana Dia?
Bangun anak muda,
Dunia cuma persinggahan kita sahaja,
Akhirat itu penentu segalanya,
Engkau mahu syurga?
Syurga bukan untuk orang manja seperti kita!
Anak muda,
Kita terlalu berharga untuk dipersia,
Jangan dilihat mengikut neraca manusia,
Lihatlah ikut neraca yang Maha Esa,
Agar kelak kita boleh sumbangkan jasad dan tenaga,
Demi agama dan ummat ini sepenuhnya.
Jangan terlena lagi, teruskan berjaga.
Penulis:
‘Ain Farhanah Binti Shah Wahid
Beliawanis PEMBINA KUIS
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s