JADI PONDAN? ALAH, NAK MELAWAK SAJA PUN!

Sekarang ini zaman orang melepaskan tekanan atau mengisi masa lapang dengan menonton Maharaja Lawak atau Running Man. Alasan utama kebanyakan yang penulis dengar ialah boleh kembali tenang, dapat lupakan masalah yang dihadapi dan tekanan akan berkurang sedikit. Mana tidaknya. Lawak bagai hendak mati lakonan atau mimikan para pelakon dalam wayang itu.
Oh! Baru teringat hendak beritahu sesuatu. Penulis ada terlihat iklan berbayar portal Ohbulan! di laman Facebook penulis tidak beberapa hari yang lepas. Video tentang isu “lelaki dan perempuan tidak boleh jadi BFF?” Begitulah tajuknya. Ada lima pelakon dalam video berkenaan. Seorang pengantara dan empat orang artis jemputan.
Apa yang menjadikan penulis musykil dan menjadikan video itu sebagai isu ialah watak pengantara temu bual. Kak Leha Bunting. Watak yang dimainkan oleh saudara Faiz Dickie. Jejaka ini agak terkenal di laman sosial dengan watak yang ditampilkan ala-ala wanita sebagai bahan utama dalam penyampaian tulisan atau video-video lawaknya.
“Alah, bukan pondan betul pun. Kan melawak saja ini.”
Memang itulah alasannya yang berlaku dalam masalah pelawak menyamar sebagai pondan. Watak pelawak yang jadi pondan selalunya akan “menjadi” dan bikin penonton berbahak-bahak tawanya. Sampai hentak tangan, kaki dan kepala. Menzahirkan betapa lawaknya sketsa tersebut. Nasib baik tidak pecah kepala sahaja.
Memakai tudung, gincu bibir merah menyala, baju kebaya ketat berbelah, butang dada baju yang dibiarkan terbuka, rambut palsu menggerbang. Satu lagi yang selalu mendapat perhatian dan memenangi hati penonton ialah pelawak pondan yang memakai kasut tumit tinggi dan baju dalam wanita. Menyembulkan apa yang tiada. Maaf, penulis tidak bermaksud untuk melucah.
Biasanya jika ada golongan menyelar kepunahan adab masyarakat kita sekarang, yang penuh dengan hedonism, golongan itu akan dikecam dan dikecam beratus kali. Mereka akan jadi bahan buli siber yang utama. Berbondong-bondong kecam dan marah.
“Alah, asyik kritik orang saja. Solusi mana?”
Jika kita beri solusinya ialah kembali kepada Islam sebenar dan jalan menuju Allah yang lurus,
“Pergh! Klise betul ustazah jadian ni! Itu pun kami tahu.”
Sudah. Tadi minta kita bagi solusi, bila solusi terbaik diberi, kata klise pula. Mahu apa sebenarnya si raja papan kekunci ini.
***
Lidah merupakan salah satu anggota badan yang sangat berbisa dan tajam penangannya. Sekali ia menusuk, sampai ke kalbu terasa pedihnya.
Dalam kitab Hidayatus Salikin muka surat 135 hingga 146, ada menceritakan tentang penangan menjauhi maksiat zahir.
Antara tip dalam menyempurnakan galakan ini ialah dengan memelihara anggota yang tujuh. Mata, telinga, lidah, perut, faraj, tangan dan kaki. Dan seperti biasa, penerangan yang paling panjang ialah tentang LIDAH.

“Maka peliharalah lidahmu daripada lapan perkara…”

Dusta, mungkir janji, mengumpat, bertengkar;berbahas;berbantah, memuji diri sendiri, melaknat dan memaki mana-mana makhluk, mendoakan keburukan orang lain dan bergurau senda serta mempermainkan orang.
“BERGURAU SENDA MEMPERMAINKAN ORANG”
“BERDUSTA”
Kata Imam al-Ghazali rahimahullah: “Ketahuilah bahawa yang ditegah pada pergurauan itu ialah yang berlebih-lebihan, kerana yang demikian membawa kepada banyak ketawa dan banyak ketawa itu mematikan hati dan menggelapkan, dan terkadang membawa kepada derhaka seperti sabda Nabi saw: “Sesungguhnya seorang lelaki yang berkata dengan sesuatu perkataan supaya kawan-kawan tertawa-tawa dengannya, lantaran itu ia dijatuhkan ke dalam api neraka jahannam 70 tahun lamanya.”
Banyak juga jika kita lihat normalisasi yang berlaku dalam kehidupan kita, rutin menipu atas alasan melawak. Kita mereka-reka cerita dan mengejek orang lain atas tiket untuk buat orang lain ketawa. Lupakah kita dalam hati manusia itu ada segumpal darah bernama HATI? Mungkin ada yang terguris dengan lawak kita, dan ada yang senang hati dengan pendustaan yang direka itu. Hati yang gelap semakin pekat gelapnya.
Rutin berpakaian menyerupai jantina lain atas alasan untuk melawak. Bukan jadi pondan betul pun, saya melawak sahaja. Cara tidak betul, matlamat pun tidak berasas.
Jika anda rajin sedikit, cuba buka laman sesawang Mufti Negeri Sembilan di bawah tajuk, “hukum lelaki menyerupai wanita atau sebaliknya dari sudut hukum syarak.” Apa yang dimaksudkan dengan menyerupai itu ialah dengan meniru cara pemakaian, gaya percakapan, perhiasan dan gaya berjalan.
Ada hadis Nabi saw:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ.
Daripada Ibnu ‘Abbas, katanya, “Rasulullah saw melaknat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.”
Tidak dinyatakan ada pengecualian atas kupon lawak.
Teringat di zaman penulis masih kecil. Jika ternampak pondan memang akan ketakutan tidak tahu kenapa. Macam nampak makhluk asing sahaja. Perwatakan perempuan tetapi suara kasar dan tinggi sasa semacam. Muka pun macam bukan bentuk muka mak dan mak cik di rumah. Hingga penulis sudah besar pun, ketakutan dan keseraman masih ada. Lagi-lagi jika bertemu dengan perempuan berpewatakan lelaki atau pengkid, lain macam takutnya. Cabut dulu selamatkan diri.
Berbeza zaman kini. Anak-anak sudah rasa terbiasa dan tidak takut dengan golongan sebegini. Mereka pun diajak bersama untuk membeli nasi lemak berjenama “Nasi Lemak Pondan”. Makan sekeluarga siap puji lagi betapa sedapnya nasi lemak kakak penjual. Eh! Abang penjual. Eh! Abang kakak penjual tular itu.
Normalisasi. Rasa normal dengan keruntuhan adab dan kepijakan syariat. Golongan yang sepatutnya kita banteras dan nasihat, kita pula yang sokong dan mohon diberi ruang untuk mendapat kehidupan seperti yang dimahukan. Ulama yang sepatutnya dihormati keilmuan dan kealimannya telah dihina beramai-ramai tanpa malu. Pondan yang sepatutnya diajak bertaubat telah diangkat sebagai makhluk berani yang ikhlas dalam meneruskan kehidupan.
Aduhai. Kasihan anak-anak kita. Semakin keliru dan pening dengan alam ini.
Ayuh! Selamatkan anak-anak kita daripada ketirisan adab islami. Jangan kita salahkan masyarakat jika anak-anak terlibat dalam kancah maksiat “kepeningan jantina”. Kita yang membiarkan mereka menelan hidangan itu lazat-lazat tanpa cegahan dan didikan. Sekalipun kita tidak ambil pusing akan agenda LGBT ini, usah dibiarkan pewaris dunia masa depan kita menjadi pewaris agenda hina ini.

“LGBT okay sahaja lah, Ma. Kita boleh hidup sebumbung di bawah satu langit. Mereka manusia juga.”

Sudah. Anda sudah kalah.
Sumber rujukan:
1) Hidayatus Salikin; Syeikh Abdus Samad al-Falimbani
2) http://www.muftins.gov.my
Penulis:
Nur Farhana Zali
Beliawanis PEMBINA Melaka Tengah
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s