IHSAN BUAT DIA

Diseka lagi tangis ini
Esak kudus hujung dinihari
Mencari waktu menyendiri
Teleku menjana maknawi.
Ihsan aku untuk dia
Walau tiada mampu ku pikul senjata
Jua takkan terhunus tanpa siap siaga
Tusukan Qunut Nazilah lama terhenti dipanah leka.
Peti petisyen mula menjalar
Kunjungi satu ke satu tetingkap
Simpati warga jelas diharap
Ekonomi politik musuh tak mudah diranap.
Gadis sana tidak lagi dibunga
Malah setiap wanita diasak dijaja
Siang malam sama, tanpa beza
Laungan merdeka kini hanya siulan duka.
Ihsan aku untuk dia
Kurenung kala usia senjaku tiba
Jantungku makin barai
Dititip masih lagi doa, alangkah masih nipis iman ini.
Longlai sudah ihsanku
Takmampu kuhadam isi dunia
Lalu kuasah parang panjang
Biar juang sendiri dari terus kaku memandang.
Secomel paruh secangkir air
Melawan api menjulang nabi Ibrahim
Meskipun marak, akur dingin
Dan sekelumit ihsan tak pernah berakhir.
Penulis:
Nur Ainina binti Mohd Ali
Beliawanis PEMBINA
Cawangan Batu Pahat
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s