KACAKNYA DIA!

‘Wah, handsomenya Lee Min Ho!’
‘Aaaa, mamat itu senyum kat aku!’
‘Cantiknya baju ini! Alahh pendek tak mengapa, masih ikut trend.
Bila cakap tentang wanita ia amat dekat dengan maruah. Harga sebuah beg biasanya dilihat pada kualiti ketahanannya, harga sebuah laptop biasanya dilihat pada kapasitinya. Di mana harga seorang wanita?
Harga seorang wanita terletak pada maruahnya.
Bukan mudah untuk memelihara maruah seorang wanita. Hatta, wanita yang memakai tudung labuh dan menutup aurat juga turut diuji.
Setiap kelakuan bermula dengan fikiran, setiap fikiran bermula dengan rasa, setiap rasa bermula dengan minat, setiap minat bermula dengan hati. Kelakuan itu akhirnya akan menjadi tabiat kebiasaan kita. Mula-mula hanya cetusan hati, semakin lama menjadi tabiat seharian.
Ada manusia minat fizik, minat sastera, minat menjahit, minat Kpop, minat menyanyi, minat melukis dan sebagainya. Semuanya bermula daripada hati.
Minat juga boleh dipupuk  dan disemai dengan syarat ia dibajai dan disirami setiap hari tanpa rasa penat dan jemu.
Bercakap tentang minat, seorang wanita mudah meminati seorang lelaki.
Apabila seorang artis kacak muncul di layar telefon  pintar, para gadis mula teriak kegirangan.
Malah, tanpa segan silu mengatakan lelaki itu handsome dengan nada yang kuat, agar lelaki tersebut boleh mendengar  pujian yang diberikan.
Tambahan, terdapat juga apabila mereka membeli di pasar malam dan terserempak dengan lelaki kacak, mereka memujinya tanpa segan silu secara berhadapan.
Di dalam kelas juga, turut tidak terkecuali, apabila seorang guru lelaki muda atau pensyarah muda masuk ke kelas, pelajar-pelajar perempuan mula berbisik betapa kacaknya guru atau pensyarah tersebut.
Tidak salah memberi pujian, tetapi pujian harus diberikan pada tempat yang betul.
Andai kata, ramai wanita lain memuji kekacakan suami anda, apa perasaan anda agaknya?
Adakah anda berasa bangga? Jika ya, adakah peratusan rasa bangga itu melebihi 50%? Anda tahu jawapannya sendiri.
Wanita perlu meletakkan maruah standard yang tinggi, supaya dihormati oleh para lelaki. Jika anda tidak mahu suami anda diperlakukan sebegitu, janganlah anda lakukan pada orang lain pula.
Ada yang berpendapat ia sekadar gurauan.
Kita contohilah akhlak Nabi dalam bergurau, Baginda tidak pernah bergurau dalam memuji kecantikan wanita yang bukan isterinya dan bukan mahram baginya.
Mungkin jika Baginda masih hidup lagi, baginda akan sedih melihat keadaan kita (wanita) sekarang. Sifat malunya sudah mula pudar dan terpadam dek kerana selalu terpengaruh dengan media.
Adakah kita ingin mengulangi semula kesilapan  Zulaikha yang terpesona dengan kekacakan Nabi Yusuf? Akhirnya, kesilapannya memalukan dirinya sendiri dan Alhamdulillah Zulaikha kembali semula bertaubat kepada Allah.
Adakah kita sempat bertaubat, atau ajal akan menjemput kita dahulu?
Firman Allah:
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. (surah An-Nur : 31)
Marilah kita berubah ke arah yang lebih baik, iaitu dengan menanamkan sifat malu dalam diri.
Penulis:
Aimi Nabilah bt Sukor.
Beliawanis UIA Kuantan
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s