MUSLIMAH SEJATI, PERMATA DUNIA

Farah Damia binti Tan Sri Fakhrul Amin. Namanya secantik tuannya. Diberi rupa paras yang indah oleh Maha Pencipta dan dilahirkan dalam keluarga yang mewah dan dikenali serta disegani ramai. Dia merupakan puteri tunggal dalam keluarga dan telah kehilangan kasih sayang seorang ibu di usia kanak-kanaknya. Semenjak itu, segala kehendaknya ditunaikan oleh papanya yang tidak mahu dia merasakan kekurangan kasih seorang ibu.
Namun, mengenali Damia sebenarnya menyedarkan aku mengenai banyak perkara. Ramai orang tertanya mengapa aku memlih untuk menjadi sahabatnya sedangkan dia cukup berbeza dengan aku. Dan aku juga mulanya tertanya mengapa dia ingin menjadi temanku sedangkan sikap kami jauh berbeza. Bukan untuk meninggi diri jauh sekali untuk membangga diri tetapi Damia dan aku memang jauh berbeza seperti langit dan bumi.
Aku sejak di zaman sekolah lagi sering mengikuti program tarbiah melibatkan diri dalam usrah dan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dengan didikan agama menjadi tunjang dalam diri. Dan Damia? Rasanya pasti kalian boleh mengagak apa yang ingin aku sampaikan
“Damia, kenapa awak nak berkawan dengan saya?”pernah aku bertanya padanya.
“Sebab aku percaya kat kau even aku tak boleh nak ajak kau berparti and so on tapi at least aku boleh mintak la sikit nasihat kau kan, kalau ada apa-apa dan yang paling penting aku tahu kau tak akan tikam aku dari belakang,”itu sahaja jawapannya.
Dalam pada itu, aku juga cuba untuk menyelitkan sedikit unsur nasihat setiap kali berborak dengannya dan cuba memperjelas tentang keindahan Islam juga kecantikan seorang muslimah yang solehah.
“Nia, aku nak tanya kau sikit ni,” tanya Damia pada satu hari setelah kelas kami berakhir pada hari itu. Kami berbual di kafe sementara menunggu kelas yang seterusnya.
“Hah, apa dia?” tanyaku sambil mataku menatap helaian nota untuk kelas seterusnya.
“Aku tengok kau pakai tudung labuh bagai, baju labuh, stokin lagi dengan handsock bagai kau tak rimas ke?” tanyanya sambil memandang aku. Aku tersengih tiba-tiba. Actually, dah lama aku tunggu soalan ini daripadanya and akhirnya saat itu hadir juga.
“Sebelum aku explain panjang-panjang kat kau la kan, aku nak tanya apa definisi maruah bagi kau. I mean maruah diri,” tanyaku minta pendapatnya. Setelah hampir beberapa bulan berkawan, aku juga mula menukar ganti kata panggilan kepada aku dan kau supaya dia lebih selesa bersamaku. Aku sebenarnya dapat mengagak jawapan yang akan diberikan olehnya, tetapi aku tetap ingin mendengar bicaranya.
“Well, bagi aku seseorang tu bermaruah bila dia ada duit, ada pelajaran, pakaian branded gitu and senang cerita macam aku la,” sekali dia bagi jawapan memang the best la. Hendak juga aku tanya, habis aku ini macam mana, tetapi tidak mengapalah. Jangan sakitkan hati sendiri Cik Nia oii..
Allah sudah beri semua yang kau perlukan. Dia mungkin tidak beri kau nikmat kemewahan tetapi dia beri kau merasai nikmat yang mungkin kebanyakan orang tidak rasa iaitu nikmat bersyukur dengan apa yang kau ada ini. Yeah!
“Cik Damia. Bila aku cakap ni aku nak kau terima dengan hati yang terbuka. Ini juga lebih kepada satu peringatan untuk kita bersama,” aku memandang sekeliling. Cuba mencari ayat dan kata yang sesuai. Aku hendak dia faham apa yang aku akan sampaikan dan bukannya aku sahaja yang syok sendiri bercerita tetapi hasilnya sifar.
“Okay. Kau tengok makanan yang di atas meja tu,” kataku sambil menunjuk ke satu arah. Matanya terus tertumpu ke arah itu.
“Kenapa dengan makanan pula? Kau ini aku tanya lain kau jawab lain. Malas lah macam ini,” katanya. Haih, minah ni. Aku menggelengkan kepalaku. Tidak reti sabar sungguh.
“Sabarlah sedikit wahai sahabatku sayang. Sabar itu separuh daripada iman tau!” kataku mengutarakan ayat yang agak klise sebenarnya. Walaupun klise, berapa ramai sahaja yang faham maksud sebenarnya. Dia memandangku sekali sambil tersengih. Aku menyambung kata.
“Dekat atas meja tu ada dua bekas makanan yang sama kan. Bezanya satu itu tertutup dan satu lagi terbuka. Kau rasalah kan lalat akan pergi pada makanan yang mana satu? Tertutup atau terbuka?” aku cuba menguji dengan soalan yang paling mudah. Kalau ini pun tidak boleh jawab, esok aku bawa dia ni jumpa pakar psikitrik.
“Apalah yang kau tanyai ni. Sudah tentu yang terbuka. Buat apa dia pergi dekat yang tertutup tu. Apa pun tak dapat,” jawabnya yakin. Aku tersenyum.
“Ok. Next question. Kau rasa apa yang akan jadi dekat makanan yang dah dihinggapi banyak lalat tu? Kau rasa orang nak makan lagi tak?” tanya aku lagi.
“Eiiii…tentulah tidak. Makanan itu sudah contaminated tau. Kalau dimakan juga, mahu terkena keracunan. Sudah tentulah semua orang akan pilih makanan yang tertutup dengan baik itu kan. Bersih pun bersih, confirm selamat,” jawabnya lagi. Sekali lagi aku tersenyum. Alhamdulillah sahabat aku ini mentalnya masih baik.
“Sudah apa kena mengena soalan aku dengan makanan dengan lalat bagai ni?” tanyanya lagi, tidak puas hati.
“Aku hendak jawablah ini. Tadi masa aku tanya kau pasal lalat suka makanan yang terbuka ke tertutup, kau jawab terbuka kan. Sama juga dengan seorang wanita. Seorang wanita yang terbuka terdedah akan lebih disukai oleh kebanyakan manusia khususnya lelaki-lelaki mata keranjang yang mungkin juga boleh disamakan dengan lalat tu,” kataku menjawab.
“Tapi Nia tu bukan salah orang perempuan. Siapa suruh si lelaki tu tidak jaga pandangan?” bidas Damia lagi.
“Haahlah. Betul cakap kau. Siapa suruh lelaki itu tidak jaga mata bukan. Bila kita cakap pada orang lelaki, dia akan cakap pula siapa suruh orang perempuan buka sana sini. Habis itu, sampai bila pun tidak tahu siapa yang salah sebab masing-masing hendak pertahankan diri sendiri yang tidak betul tu.
Damia, dalam Al-quran Allah sudah mention dan perintahkan umat-Nya untuk menjaga pandangan dan juga untuk menjaga aurat kita. Tidak ada gunanya menunding jari pada orang lain jika diri sendiri pun tidak betul,” jawabku panjang lebar.
“Kita seorang muslimah yang darjatnya diangkat tinggi oleh Allah. Kita diperintahkan untuk memelihara maruah diri dan salah satu caranya adalah dengan menutup aurat kita yang tidak sepatutnya dipandang oleh bukan mahram kita. Dan apabila kita buat insya-Allah, kita akan sentiasa terpelihara daripada maksiat,” jelasku lagi sambil memandangnya dengan penuh harapan.
“Tetapi tidak semua orang yang tidak pakai tudung buat maksiat even ada juga orang yang pakai tudung buat maksiat,” jawabnya lagi tidak berpuas hati.
 “Salahnya bukan pada tudung, tetapi pada diri sendiri. Plus pakai tudung yang macam mana yang mereka buat dan tudung yang macam mana pula yang Allah perintahkan. Aku yakin kau mesti tahu kan cara pemakaian tudung mengikut Islam yang sebenar,” kataku lagi membalas. Kali ini dia termenung panjang seolah-olah memikirkan sesuatu.
“Damia, Islam itu indah dan menyeluruh. Islam tidak pernah menyekat kebebasan umatnya. Hendak berfesyen, silakan. Asalkan patuh syariah dan yang paling penting maruah diri sentiasa terjaga kerana maruah diri tu bukan terletak pada wang ringgit, pakaian berjenama jauh sekali pada pangkat seseorang.
Maruah diri itu apabila seseorang itu sentiasa menjaga dirinya dan auratnya serta memelihara akhlaknya. Biar jauh daripada pangkat dan harta dunia asalkan tidak jauh daripada Allah,” kataku lagi mengharapkan agar ada sesuatu yang dia dapat daripada syarahan aku yang panjang juga ini.
“Emmm…maksud kau masa kau tanya aku sama ada orang hendak makan tidak lagi makanan yang dihinggapi lalat tu adalah seorang wanita yang tidak memelihara maruah dirinya umpama makanan yang sudah contaminated lah kan? Dan wanita muslimah yang sentiasa tertutup auratnya dan memelihara dirinya pula umpama makanan yang tertutup dan akan sentiasa bersih dan selamat? Begitukah?” tanya Damia setelah mendiamkan diri beberapa saat.
“Exactly! Sekarang kau sudah faham?” tanyaku lagi. Dia mengangguk perlahan sambil wajahnya seakan-akan sedang memikirkan sesuatu.
Aku memandang jam tangan. Ada 10 minit lagi sebelum kelas bermula. Aku pantas memasukkan nota yang dipegang ke dalam fail dan bersiap untuk ke kelas. Aku memandang Damia yang nampak seakan masih termenung lagi.
“Damia, jom. Kelas sudah hendak mula,” kataku lagi.
“Damia ooo Damia,” kataku sambil melambai tangan di hadapan wajahnya apabila dia tidak memberi respon kepadaku.
“Hah? Oh..sorry,” dia tiba-tiba tersedar dan pantas berdiri untuk mengiringiku ke kelas.
“Nia,” panggilnya ketika kami sedang beriringan ke kelas. Aku berpaling sambil menjongketkan kening tanda bertanya.
“Petang ini teman aku shopping,” katanya. Aku mengerutkan kening. Selalunya kalau shopping dia idtak ajak aku. Kalau beli buku, baru ajak. Maklumlah aku bukan up to date sangat dalam fesyen. Mimpikah si Damia ini. Tidak ada effect ke syarahan aku tadi.
“Aku hendak cari tudung. Tudung di rumah semua singkat,” katanya mungkin mengerti apa yang aku fikirkan.
Langkahku terhenti seketika. Terkesima mendengar ayat itu.
“Weh! Kau sudah kenapa. Kelas sudah mahu start ni,” tegur Damia apabila melihat aku berhenti. Aku kembali tersedar.
“Alhamdulillah,” bisikku perlahan sambil tersenyum dan kakiku menyambung langkah untuk ke kelas beriringan bersama Damia.
Penulis:
Nur Izzati Imanina Binti Mohammad
Beliawanis RCMP
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s