MARUAH SIAPA SEBENARNYA?

Surah An-Nur, ayat ke 31. Allah berfirman, maksudnya :
“Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman;
hendaklah mereka merendahkan pandangan, menjaga kehormatan diri. Dan jangan lah mereka memperlihatkan perhiasan mereka…”
Betapa Allah mengangkat darjat seorang wanita, betapa benarnya Islam itu agama yang menyeluruh dan saksama. Allah telah menggariskan panduan buat wanita mukminah, bagaimana sebetulnya cara menjaga maruah diri.
Para wanita seharusnya sangat beruntung dan bersyukur di atas pengiktirafan sebegini dalam Islam.
Sebelum ini Aku pernah baca satu tulisan, tapi tak ingat siapa penulisnya. Ayat dia macam ini.
“Seandainya perempuan boleh tahu bagaimana lelaki berfikir dalam masa 5 minit, nescaya kaum perempuan akan segera melabuhkan pakaiannya selabuh labuhnya kerana melihat betapa dahsyatnya imaginasi seorang lelaki.
Seandainya lelaki boleh boleh tahu bagaimana perempuan berfikir walaupun dalam masa 5 minit. Maka nescaya lelaki akan menundukkan pandangannya sesunguh-sungguhnya kerana ketakutan melihat betapa terancamnya emosi seorang wanita kerana pandangan seorang lelaki.”
Mula-mula baca ayat ini, Aku menidakkan nya. Tapi, tak lama lepas itu aku nampak sendiri bukti-bukti di depan mata. Malah melalui sendiri.
Aku percaya, ramai antara kita mungkin ada yang tak tahu tentang ini. Dan, ada juga yang mungkin kalau boleh tak mahu tahu tentang ini. Sama ada tidak ingin menerima hakikat atau tidak mampu melaksanakannya. Rapuhnya iman kita, diturut-turut saja nafsu itu. Allahu.
Kata Mufassir, maruah diri sangat sinonim dengan aurat. Sesuatu yang diperintahkan untuk dirahsiakan dan ditutup itulah namanya aurat. Aurat pula sangat sinonim dengan malu. Seandainya tiada dijaga ketiga-tiga ini dalam diri seorang wanita, maka tunggulah kehancuran dan leburnya moral dan akhlak serta peradaban sesuatu umat.
Dahsyat bukan? Ya, amat dahsyat. Kerana itu Allah meneruskan ayatnya dengan seruan kepada orang beriman untuk bertaubat. Dan di akhirnya Allah memberi kata-kata semangat, “Mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”
Belum cukupkah kata-kata semangat dari Allah?
Jadi, jawablah soalan di atas. Maruah siapa sebenarnya?
Penulis:
Nurul Suhaida Ibrahim
Beliawanis PEMBINA Pulau Pinang
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s