AZAM, OH AZAM!

Bismillah.

Azam baharu.

Saat tahun baharu menjelang tiba, tidak dapat tidak mesti kita akan berbicara mengenai target atau goal yang hendak dicapai untuk tahun baharu.

Bukan apa,

Tak nak tahun yang baharu ini berlalu dengan sia-sia.

Tak nak tahun  baharu ini seperti  tahun-tahun yang  lepas.

Yang pasti biar tahun baharu adalah tahun yang lebih baik daripada sebelumnya.

Oh azam!

Ada orang azamnya nak tidur dan bangun awal.

Ada orang azamnya daripada tidak tutup aurat kepada tutup aurat dengan sempurna.

Ada orang azamnya ingin menjadi usahawan yang berjaya.

Walau apapun azam anda, pasakkan nama Tuhan dalam setiap azam.

Contohnya :

“Aku nak berubah kerana Allah.”

“Aku nak jadi usahawan yang berjaya bukan di dunia sahaja tapi juga di akhirat.”

Di sini apa yang boleh kita lihat, niat itu memainkan peranan yang sangat penting. Jika niat itu ke arah benda-benda yang baik, Insya- Allah pasti dipermudahkan oleh-Nya. Malah kita turut mendapat pahala.

Sebagaimana hadis Baginda saw  bermaksud :

“Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapat keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada ( keredhaan) Allah dan Rasul-Nya.Dan siapa yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan yang layak didunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya ( akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

Dan niat yang baik itu terhasil

daripada hati yang baik

hati yang suci

begitu juga sebaliknya.

Kalau raja buah dikatakan buah durian

maka raja bagi segala badan adalah HATI.

Hadis Nabi saw:

“Ketahuilah, sesungguhnya dalam tubuh manusia ada segumpul daging. Jika segumpal daging itu baik, maka akan baiklah seluruh tubuh manusia dan  jika segumpal daging itu  buruk  maka akan buruk seluruh tubuh manusia. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati manusia.”

Apakah azam kalian untuk tahun 2017 ?

Bisik dalam hati, buktikan dengan tindakan.

Azam, moga ia dapat direalisasikan dengan jayanya. Biiznillah.

Penulis:

Nur Syafiqah bt Abd Rahman

Beliawanis PEMBINA UniSZA, Terengganu

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s