2017 WANNA BEGIN? 2017 WANNA TRY HARD? OR 2017 WANNA BE THE SAME?

“Tahun ni, aku nak kumpul duit banyak-banyak sikit. Nak bawa ibu ayah gi Umrah”

“Aku rasa macam nak kuruskan badan la mula tahun ni”

“Aku akan pastikan 2017 adalah tahun yang aku dapat travel seluruh Malaysia”

“2017 adalah tahun untuk aku bangkit dari jahiliah!”

Begitulah saban tahun, luahan demi luahan tentang azam setiap manusia di muka bumi sewaktu menjelang tahun baharu. Ada di antaranya duniawi semata-mata, ada jua yang tidak lupa kedua-duanya. Tidak kurang jua, ada yang tidak sedikit pun meletakkan apa-apa azam atau tekad yang ingin digapai setiap kali menjelang tahun baharu. Oh begitu rugi.

Tanpa sedar, masa berlalu begitu cepat sekali. Sepertinya baru semalam sahaja masuk Tahun 1. Sedang hari ini hakikat sebenar, umur semakin memuncak, jiwa juga bergelojak, amanah yang diberikan semakin berat ditambah lagi dengan cabaran masa kini yang menguji iman dan amal. Ya, inilah hakikat dunia yang hanya sementara dan penuh dengan tribulasi buat penghuninya. Persoalannya, di samping hakikat masa yang terus berjalan, adakah kita masih yang sama? Atau sudah berbeza?

“Barangsiapa yang amalnya pada hari ni sama dengan kelmarin, ia adalah orang yang merugi dan jika amal hari ini lebih buruk daripada sebelumnya, ia termasuk orang-orang yang terlaknat. Dan, barangsiapa yang merasa bahawa dirinya tidak mempunyai kekurangan, itulah kekurangannya dan kiranya mati lebih layak baginya daripada hidup [dengan keadaan seperti itu]” – Abu Na’im Al Ashfahany

Menjadi seorang yang berbeza tahun ke tahun amatlah disarankan untuk setiap individu. Berbeza dalam erti kata individu tersebut menambah baik kualiti diri dan menolak tepi segala yang merosakkan diri. Amatlah rugi jika kita berterusan menjadi yang sama sedang individu di sekeliling kita semakin hari semakin banyak kejayaan yang dicapai. Adakah mereka ini menempuh jalan yang mudah bila mana ingin menuju sebuah kejayaan? Antara persoalan lain adalah bagaimana mereka ini bersemangat untuk terus memperbaiki kualiti diri dan hidup mereka? Ayuh kita rungkai satu demi satu persoalan!

  • Adakah mereka ini menempuh jalan yang mudah bila mana ingin menuju sebuah kejayaan?

Untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik, ianya perlu pengorbanan dalam melepaskan beberapa perkara’. Inilah lumrah hidup itu sendiri. Kita sebagai hamba Allah takkan mampu memiliki setiap apa yang kita nak, malah kita perlu mengorbankan sesuatu yang kita suka demi sesuatu yang terbaik untuk kita. Pastinya, akan ada ‘kos lepas’ yang kita perlu lakukan. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah,

“..Boleh jadi kamu bencikan sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu, tetapi ia tidak baik buatmu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Ayat 216)

Sungguh, terselit begitu banyak hikmah di setiap ketetapan Ilahi. Tidak jua Allah menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Kemungkinan dalam seharian kita, kita lebih suka untuk mengisi masa dengan perkara yang menyeronokkan seperti tengok wayang, tonton drama tv dan sebagainya sehingga kita terlupa itu sebenarnya bukanlah yang terbaik untuk kita. Kita tersedar bilamana perkara yang seronok seperti itu membawa kita ke arah yang lebih merosakkan seperti solat tidak khusyuk, masa banyak dengan khayalan, tiada fokus dalam pembelajaran, duit dibelanja dengan sia-sia dan sebagainya.

Sebagai contoh lagi, untuk mencapai keputusan peperiksaan yang baik tidaklah hanya dengan menghafal dan hadir ke kelas, tetapi menuntut begitu banyak pengorbanan seperti tenaga untuk mengulangkaji tiap malam, berfikir secara kritikal untuk sebarang isu dan lain-lain. Ini hanyalah untuk memastikan kita benar-benar memahami ilmu yang dipelajari.

Tidak lupa jua, ianya menuntut kita untuk tidak membuang masa pada perkara yang sia-sia.  Ahli perniagaan yang berhasrat untuk memajukan perniagaannya, pastinya menghadapi perjalanan yang panjang dan penuh dengan jatuh dan bangun bahkan airmata dan gelak tawa. Hatta Rasulullah SAW dalam perjalanan dakwahnya, ia memakan masa yang agak lama untuk diterima oleh umatnya. Bukan dengan sekali seruan terhadap kalimah tauhid, malah berkali-kali oleh Baginda terhadap kaumnya. Adakah Baginda tidak sedih? Adakah baginda tidak dicaci dan dikeji? Dan adakah kita dapat merasai Islam hari ini andai tiada usaha sedikitpun dari Baginda untuk kita. Umat kesayangannya?

Allahu, benarlah.

Di sinilah kesabaran, kesetiaan dan kesungguhan dalam menempa kejayaan akan diuji. Maka, mereka yang inginkan sebuah kejayaan WAJIB menempuhi jalan yang penuh ujian. Namun, adakah kita akan tetap teguh harungi jalan yang sukar demi sebuah kejayaaan atau memilih jalan yang mudah yang akhirnya kejayaan itu terlepas begitu sahaja? Ayuh sama-sama kita renungkan.

  • Bagaimana mereka ini bersemangat untuk terus memperbaiki kualiti diri dan hidup mereka?

  1. Pastinya kita perlu kembali pada asas tindakan kita dalam hari-hari kita iaitu iman. Bilamana seseorang itu beriman dengan hakikat dunia yang hanya sementara dan sebagai peluang buatnya meraih bekalan yang cukup untuk kehidupan yang baik di akhirat, maka individu itu akan merancang dengan baik untuk apakah setiap langkahnya dan setiap masanya.

  2. Individu ini adalah individu yang sering tidak merasa cukup dengan sumbangannya terhadap ummat bahkan agama, kerna itu dia merasakan keperluan untuk melakukan perubahan, samaada dalam menambah baik kualiti amal atau mengikis segala yang menyekatnya untuk mencapai kejayaan.

  • Individu ini bukanlah hanya mengetahui, tapi dengan sebenar-benar yakin dengan apa yang diketahuinya lantas terus membuahkan amal yang sebenarnya dikehendakiNya.

  1. Individu ini sedar akan ganjaran yang disediakan bila mana dia benar-benar melakukan yang terbaik. Contohnya, Maisarah merasakan tahun ini, perlunya untuk dia berkomitmen dalam menghadirkan diri ke usrah kerana dia tahu dia perlukan suasana yang menambahkan imannya yang mampu menjaganya dari sisa-sisa jahiliah yang masih ada. Dan Maisarah yakin, apa yang dia lakukan ini akan membuahkan redha dan syurgaNya malah membantunya untuk berubah kepada yang lebih baik demi menjaga agamanya.

  2. Individu ini sering menjadikan kejayaan orang di sekelilingnya sebagai inspirasi buatnya untuk terus berusaha menuju kejayaan, di samping mencari tahu rahsia di sebalik kejayaan mereka.

  3. Paling penting, individu tersebut meletakkan niat dan matlamat yang jelas dan besar, sehingga andai menuntut ilmu pengetahuan sekalipun adalah kerana ingin mengubah diri dan orang sekeliling menjadi tunduk pada Allah dalam setiap aspek kehidupan.

Berbekalkan 2 jawapan dari persoalan ini, tidak mustahil untuk kita menjadikan setiap azam kita sebagai suatu yang realiti. Ayuhlah beliawanis sekalian! Kita serikan tahun 2017 ini dengan elemen-elemen kebaikan dalam setiap azam kita. Ingatlah, kita ingin menjadi manusia yang sentiasa mengejar kebaikan setiap saat dalam hidup kita. Kita ingin menjadi yang lebih baik dari sebelum ini. Kita ingin menjadi hamba yang semakin hari semakin dekat denganNya. Peganglah dan hayatilah kata-kata ini,

Kelmarin ada yang meninggal dunia. Hari ini, ada yang sedang sakaratul maut dan esok belum tentu ada yang dilahirkan. Maka, bersegeralah untuk mengerjakan amal soleh. Dengan cepat, siang dan malam akan melakukan sesuatu dalam dirimu, maka engkau pun harus melakukan sesuatu di dalam keduanya” – Basyar Bin Harith

Sudahkah anda menyenaraikan setiap azam anda atau perkara yang ingin dicapai untuk tahun 2017 ini? Jika belum, sungguh anda masih tidak terlambat untuk memulakannya. Selamat merancang dan berusaha untuk menjadikannya sesuatu yang realiti! Jangan lupa untuk sertakan dunya goal dan akhirah goal. Jangan lupa jua untuk spesifikkan setiap azam anda dalam hari-hari anda. Andai tahun ni anda ingin habiskan hafalan juzuk 30, setiap hari jua anda perlu ada misi untuk mengulang hafazan surah-surah yang terlibat. Apapun, langkah seterusnya adalah untuk kita terus istiqomah dan mendisiplinkan diri dalam usaha untuk mencapai setiap ‘wishlist’ kita untuk tahun ni. Memang mencabar, namun doalah berterusan. Moga Allah bantu kita! In shaa Allah. Selamat menuju kejayaaan dua dimensi! Wallahu A’lam.

p/s: 2017 wanna begin to be…? No problem! 2017 wanna try hard to…? It’s better! But if 2017 wanna be the same? Please don’t!

 

Penulis:

Nurul Afiqah binti Abd. Kadir

Beliawanis PEMBINA UIA GOMBAK

Advertisements

2 thoughts on “2017 WANNA BEGIN? 2017 WANNA TRY HARD? OR 2017 WANNA BE THE SAME?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s