UKHUWAH SEMASAM ANGGUR

“Kreekkkk……” (Bunyi pintu)

Perlahan daun pintu itu dibuka Ika. “Assalamualaikum…” Seperti biasa, tiada jawapan untuk ucapan salam itu setiap kali Ika pulang dari kelasnya. Sunyi. “Hurmm, tak ada orang lagi ke yang balik. Bosan betul duduk rumah ni. Housemate ramai tapi semuanya ‘hilang’.” Keluh Ika dalam hati. Perasaan itu sentiasa  gusar apabila sudah hampir tiga bulan hal yang sama terjadi.

Ika mengalihkan anak matanya pada skrin telefon dan membuka group whatsapp rumah. “Ada siapa-siapa tak, nak makan tak malam ni?” Selang beberapa minit kemudian, masih tiada yang membalas. “Takpelah, aku masak jelah. Rasanya diorang makan kot. Kalau tak, mesti bagitau.” Ujar Ika sambil menukar pakaian untuk memasak.

Sepuluh minit kemudian…

“Assalamualaikum…” Terdengar suara seseorang memberi salam sedang Ika khusyuk di dapur memasak hidangan makan malam. “Waalaikumussalam…” Jawab Ika perlahan sambil menyelak langsir dapur untuk mengintai siapa gerangannya yang memberi salam.

“Oh Erna ke. Ingat siapa. Baru balik kerja ya? Soal Ika bingkas setelah melihat kelibat rakannya itu menuju ke tingkat atas.

Dengan nada yang agak keras. ” Yelah baru balik. Takkan baru nak pergi kerja kot.”

“Eh, apahal nak marah. Tanya pun salah. Hurmm…” Monolog Ika seorang diri.

Lalu dia pun meneruskan agenda memasaknya petang itu.

****

7.15 malam.

Ting…ting.. (bunyi telefon). Laju Ika memandang skrin telefonnya.

“Telah masuk waktu solat fardu Maghrib di kawasan Kuala Lumpur dan yang sama waktu dengannya…”

“Oh dah maghrib lah. Erna! jom solat sama-sama.” Jerit Ika sambil memandang ke tingkat atas. Senyap. Tiada suara yang menjawab. Berkali-kali dia menjerit memanggil Erna. “Tidur ke budak ni?” Soal Ika dalam hatinya.

Lalu Ika pun terus solat seorang diri tanpa menjengah sahabatnya itu. Usai solat Maghrib, Ika pun bersiap-siap keluar rumah untuk ke kelas Masternya di UKM.

****

Keesokkan harinya…

Ika membuka tudung saji di atas meja. ” Ya Allah aku sorang je ke yang makan semalam? Hurmm, penat-penat masak tak ada orang nak makan. Kalau tak masak tanya. Bila masak tak makan. Dahla asyik aku je yang masak. Dari ikhlas jadi tak ikhlas. haish!” Monolog Ika dengan nada geram sambil membasuh pinggan mangkuk.

15 minit kemudian, Ika masuk ke biliknya untuk menukar pakaian.

“Hai Nad, banyak assigment ke sem ni?” Soal Ika pada roomatenya Nadia.

“Banyaklah jugak. Semua nak submit dalam minggu ni. Tu yang kena pulun tu.” Jawab Nadia sambil matanya memadang laptop dan acah-acah menaip sesuatu.

Nadia. Susah untuk melihat dia keluar ke mana-mana. Hari-harinya hanya sibuk dengan diri sendiri dan lebih banyak mengurung diri. Mungkin dunianya lebih indah di alam maya.

***

11.15 malam…

Sedang asyik membelek-belek buku di rak, tiba-tiba, Ika disapa oleh sahabat serumahnya, Nani.

“Eh Ika, mana semua orang?”

” Oh, kau dah balik ke? Macam biasalah, time-time macam ni semua orang dah berkurung dalam bilik. Ada yang dah tidur agaknya.” Jawab Ika dengan nada yang mendatar.

Nani. Seorang arkitek yang super busy. Keluar rumah awal pagi dan pulang pula lewat malam. Seringkali tak dapat bersua dengan kawan-kawan serumahnya.

Kemudian, muncul pula si Julia dan Husna membuka pintu rumah yang baru pulang dari suatu tempat yang tak dapat dikenal pasti. Mereka berdua seringkali keluar tanpa memberitahu. Dan pulang ke rumah juga tidak memaklumkan.

“Assalamualaikum Jue , Una.” Lewat korang balik. Dari mana?” Soal Ika untuk berbasa- basi dengan dua orang sahabatnya itu.

“Hurmm dari somewhere. Takyahlah nak tahu. Bukan kau kesah pun kan?” Balas Julia dengan nada yang menyindir. Lalu terus naik ke biliknya dan disusuli dengan Husna.

Tersentak Ika dengan jawapan Julia. “Apa salah aku?” Soalnya di dalam hati. “Kalau tak ditegur, kita ni duduk serumah. Hurmm apa nak jadilah dengan korang ni. Eh aku sorang je ke wujud dalam ‘dunia kita’ ni?” Keluh Ika seorang diri.

Hampir terbang segala prasangka baik terhadap sahabat-sahabatnya itu. Pelbagai ragam dan kerenah. Berpura menjadi seorang yang peramah bukanlah personaliti diri Ika. Tetapi faktor kehidupan di rumah sewanya telah membuatnya terpaksa menjadi peramah. Lalu, tiada balasan yang memuaskan diberi oleh sahabat-sahabatnya itu.

***

Seminggu Ika keluar dari rumah. Diam, sunyi group whatsapp rumah. Tiada siapa peduli. Kalau tidak, hanya Ika yang sibuk bercakap itu ini dalam group untuk membuat pengumuman. Yang lain hanya ‘silent reader’. Paling tidak, menunjukkan tanda ‘bagus’ atau ‘okey’.

Ika keluar dari rumah itu untuk menyendiri. Mencari jawapan dan solusi untuk dia dan sahabat-sahabatnya. Bagaimana untuk mengurus manusia dan rumah dengan cara yang lebih baik dan matang. Masing-masing hanya tahu mencipta kerjaya sendiri, sehingga mengabaikan orang lain.

Suatu hari, Ika duduk bermenung di ruang legar fakulti. Wajahnya gusar. Sesekali dia menggerakkan jari di keyboard laptop tapi entah apa yang ditaipnya. Matanya pula tidak fokus pada skrin, tetapi tajam merenung botol air yang ada di atas meja.

Tiba-tiba datang seorang rakan sekelasnya, Fatihah.

“Pok! (ketuk meja) Menung apa tu?” Soal Fatihah dengan wajah yang tersenyum lebar.

“Ish, terkejut aku. Teha, lain kali bagilah salam dulu. Nasib baik takde heart attack tau. Kalau tak dah pengsan dah.” Ujar Ika dengan hati yang sedikit kecut.

“Okey-okey, sorry lah. Aku bagi salam ea. Assalamualaikum… heheh.” Sengih Teha sambil mengelip-ngelipkan matanya.

“Hurmm, waalaikumussalam. Main-main kan kau ni.” Balas Ika sambil membetulkan tempat duduknya dan memberi ruang pada Teha untuk duduk.

“Kau macam ada masalah je aku tengok. Kenapa ni?” Soal Fatihah.

“Entahlah, susahkan nak jaga hati orang. Nak treat orang yang tak peduli pun dengan kita.” Rintih Ika.

“Susah kalau kita tak kena cara yang tepat. Kenapa ni? Cuba cerita…” Asak Fatihah untuk meminta Ika berterus- terang.

Selang beberapa saat, baru Ika membuka mulut.

“Teha, kau duduk rumah sewa jugak kan? Tapi aku tengok kau happy je. Macam takde masalah. Macam mana kau boleh tahan dengan semua orang dalam rumah kau tu? Kau pernah kata housemate kau ada sepuluh orang kan? Aku housemate yang lima orang ni pun susah nak cater. Semua buat hal sendiri je.” Luah Ika yang sudah tidak tahan menahan resah di hatinya.

“Oh, kau runsing sebab kawan rumah kau ke… Hurmm… bercakap soal manusia ni memang payah, Ika. Hati manusia lain-lain. Kadang-kadang kita rasa, kita dah baik dengan semua orang, tapi masih ada orang yang tak puas hati dengan kita. Itu lumrah kehidupan. Tak ada manusia yang okey je dengan semua orang. Walaupun kita nampak diorang macam okey tapi hati diorang kita tak boleh baca.” Ulas Fatihah untuk membuka ruang pada Ika berfikir.

Fatihah menyambung, “Bila kita duduk serumah dengan macam-macam jenis manusia ni, ada tiga benda kita kena jaga.”

“Apa tiga benda tu?” Bingkas Ika menyoal.

“Yang pertama, berlapang dada. Dalam berukhwah, berlapang dada sangat penting untuk menjamin hubungan persahabatan kita terjaga. Betul, kadang-kadang kita tak tahan asyik kita je yang kena buat itu ini. Tapi sebenarnya masa kita marah dan tak tahan tulah masanya untuk kita istighfar dan ingat kebaikan yang diorang pernah buat pada kita. Mungkin diorang pernah tolong angkatkan baju kita ke, tolong kemaskan barang-barang kita ke atau tolong masakkan untuk kita. Semua benda tu kita kena ambil kira sebelum rasa tak puas hati dengan diorang.

Keduanya, kita kena ada rasa ithar (melebihkan orang lain). Yang ni paling susah. Sebab bila ukhwah kita tak semanis epal, kita tak rasa pun nak melebihkan orang lain. Contohnya, ada lauk yang tinggal sikit. Kita rasa lapar, tapi tiba-tiba ada kawan kita kata dia penat sangat dan tak makan dari tengahari, ketika tulah ithar sangat diberatkan. Kita dahulukan dia yang lebih lapar dari kita. Atau kita ada duit yang kita simpan, lepas tu, kawan kita kata dia terdesak sangat bulan tu dan perlukan duit. Maka, dekat situ Allah uji rasa ithar kita, sama ada nak bagi pinjam atau biarkan kawan kita tu dalam kesusahan. Asas percaya pada sahabat tu sangat penting. Dan perlulah bergantung pada situasi tertentu.” Ulas Fatihah panjang lebar.

“Tapi susahnya nak rasa ithar tu kan?” Soal Ika yang sedang keliru.

Sambung Fatihah, ” Betul, memang susah. Sebab tu bergantung pada semanis mana epal ukhwah yang kita makan. Cuba jadikan ukhwah tu manis dan basah.”

Bingkas Ika menyoal lagi, “Macam mana nak bagi ukhwah tu manis dan basah?”

“Rajin-rajin buat ibadah sama-sama. Solat jemaah sama-sama. Masak sama-sama. Buat gathering sama-sama dan curhat sama-sama. Bila kita curhat, kita akan lebih faham dan kenal kawan kita tu. Personaliti dia, karakter dia, diam dia. Semua bersebab. Dan bila kita dah faham je, kita boleh baca bahasa badan dia.” Jawab Fatihah.

“Hurmm  kau dah dapat buat ke semua tu Teha?” Soal Ika.

“Heheh, cuba untuk jadi yang lebih baik. Tak semua aku dapat buat, tapi aku berusaha untuk buat supaya aku rasa bersyukur dengan sahabat-sahabat baik yang Allah dah bagi. Orang yang kita boleh percaya.”

Ujar Fatihah lagi, dan aku yakin kau pun boleh buat. Bina biah (suasana) solehah dalam rumah. Dan satu benda lagi yang kita kena praktikkan dalam ukhwah ialah saling nasihat-menasihati. Bila kita saling ingat-mengingatkan, baru kita rasa ada orang sayang dekat kita. Jangan bila sekali kita ingatkan, dan dia tak peduli, kita pun merajuk dan bawa diri. Benda tu tak ‘sihat’ dalam ukhwah. Cara terbaik jangan putus asa ingatkan dia dan cuba berlapang dada. Okey?”

“Faham… Hurmm baiklah, aku akan ingat tiga benda yang kau cakap dekat aku ni. InsyaAllah. heheh.” Senyum Ika pada Fatihah.

“Eh, dahla, jom kita balik. Esok jela sambung buat assignment ni. Tapi jap, kau balik mana ni? Jangan kata ‘setinggan’ dekat bilik Intan lagi?” Soal Fatihah dengan tegas.

“Hehehe, aah, aku stay bilik Intan lagi malam ni. Insya-Allah esok aku balik rumah. Tenang sikit aku nak balik rumah lepas luah dekat kau tadi. ” Balas Ika dengan hati yang serba salah.

Bingkas Fatihah bangun dari tempat duduk, ” Okey, esok balik rumah tau. Cuba buat sesuatu yang baru dengan housemate kau. Aku doakan moga Allah pelihara hubungan kau dengan kawan-kawan rumah kau.”

“Thanks, Teha. Sayang kau!” Ujar Ika sambil memeluk sahabatnya itu.

***

Hakikatnya, persahabatan kita bergantung pada diri kita sendiri. Bagaimana cara kita mengawal dan menjadikan persahabatan itu yang terbaik dalam kaca mata kita. Berusaha menjadikan ukhwah itu semanis epal, bukan membiarkan ia terus menjadi semasam anggur.

Penulis:

Nur ElHajar

(Beliawanis Bangi)

Advertisements

2 thoughts on “UKHUWAH SEMASAM ANGGUR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s