5 PERKARA YANG ANDA TAK SANGKA MENGENAI MALDIVES

Bila sebut tentang Maldives, perkara pertama yang terlintas di fikiran anda pastinya mengenai pulau yang cantik seperti syurga dunia, air laut yang jernih biru kehijauan, pasir yang putih, destinasi pasangan romantik paling ideal, serta hotel yang serba mewah. Tetapi, ada beberapa perkara yang tidak semua orang ketahui mengenai masyarakatnya di sana.
Sedikit latar belakang ringkas tentang syurga dunia ini.

15050112_1599253226767264_1120972932_n

Maldives atau Maladewa merupakan antara negara Islam yang terkecil di dunia. Ia terletak di antara India dan Sri Lanka. Sejarah membuktikan bahawa masyarakat awal yang mendiami Maldives berasal daripada masyarakat nelayan India dan Sri Lanka. Undang-undang syariah yang digunakan di negara ini telah mewajibkan rakyatnya untuk beragama Islam keseluruhannya.

Negara ini bukan terdiri daripada negeri-negeri kecil di dalamnya seperti negara lain, tetapi negeri mereka dipanggil pulau atau atoll, yang membawa maksud karang. Ianya terdiri daripada lebih 1,200 pulau kecil atau atoll, namun hanya lebih kurang 200 yang masih berpenghuni untuk tujuan penempatan atau pelancongan sahaja.
Buat pengetahuan anda, negara yang menjadikan sektor pelancongan, perikanan dan pertanian ini berpusat di Male dan mejadikankan bahasa Dhivehi sebagai bahasa rasmi negara. Thaana dan Maldivian Rufiyaa (MVR) masing-masing digunakan sebagai tulisan dan matawang mereka.
Okaylah!
Melihatkan kepada sejarah negara ini yang sudahpun cukup unik. Jom saya ceritakan pada anda beberapa perkara mengenai masyarakatnya yang mungkin membuatkan anda tergamam dan terpesona! Malah hampir tidak percaya!

1. Hampir keseluruhan wanitanya menutup aurat.
Daripada golongan pelajar sekolah hinggalah golongan mak cik-mak cik, mereka kelihatan sangat bangga memakai hijab dan seakan nampak asing berada dalam kalangan pelancong-pelancong yang ramai, terutama mat salleh yang berpakaian mencolok mata. Jika anda seorang pelancong wanita yang bertudung, jangan terkejut jika ada pelancong asing yang menyangka anda warga Maldivian!

2. Setiap sekolah menerapkan 8 nilai murni yang sama.
Jika anda melalui kawasan sekolah di sana, pasti anda akan tertarik kepada beberapa nilai moral yang ditampal mahupun dilukis di dinding-dinding sekolah tersebut, iaitu:
– 1) Thinking critically and creatively (Berfikir secara kritis dan kreatif)
– 2) Making meaning (Menjadi insan berguna)
– 3) Using technology and media (Mahir teknologi dan media)
– 4) Using sustainable practices (Mengguna pakai bahan mapan)
– 5) Relating to people (Bermasyarakat)
– 6) Living a healthy life (Mengamalkan gaya hidup sihat)
– 7) Understanding and managing self (Faham dan pandai mengurus kendiri)
– 8) Practising Islam (Mempraktikkan Islam)
Menerusi nilai-nilai ini anda akan dapat lihat masyarakatnya sangat menjaga kebersihan bandar yang mereka diami. Setiap pagi juga, penduduk lelaki mahupun wanita dilihat berjogging di tepi pantai dengan penuh ketenangan dan kedengaran alunan ayat suci al-Quran berkumandang setiap kali sesi persekolahan anak-anak akan dimulakan.

15033542_1599292453430008_1065937832_n

15050217_1599292456763341_1085650795_n

3. Mengagungkan syariah Islam.
Jika anda bercadang untuk bersiar-siar di sekitar bandar pada hari Jumaat, anda patut fikirkan semula idea anda itu. Sesuai dengan undang-undang yang mereka guna, hari bekerja dan persekolahan mereka bermula pada hari Ahad sehingga Khamis. Manakala, hari Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti umum.
Ketika waktu solat Jumaat, hampir semua aktiviti perniagaan dihentikan termasuklah pengangkutan awam. Ia hanya akan beroperasi sehingga jam 12 tengahari. Jika pada hari biasa, hampir semua kedai juga ditutup pada setiap waktu solat selama 5-10 minit bagi memberi ruang kepada pekedai untuk bersolat. Anda juga boleh mendengar nyanyian nasyid di siaran televisyen umum setiap kali sebelum azan berkumandang, yang mana menandakan sudah menghampiri waktu solat.
Hebat bukan?

4. Bersederhana tetapi tidak meminta.
Walaupun anda mungkin menyangka bahawa Maldives adalah sebuah negara mewah, hakikatnya tidak begitu. Orangnya hidup dalam keadaan yang sangat bersederhana dan sungguh biasa dengan rumah yang kecil. Tanaman sayur kecilan di depan rumah, pakaian yang biasa-biasa sangat, tetapi bahagia seadanya. Anda takkan menemui pengemis dan orang meminta-minta di jalanan. Rakyat hidup sederhana tapi tidak meminta.

5. Masyarakat yang ramah, aman dan damai.
Sepanjang saya berjalan mentadabbur alam di sana, apa yang saya perhatikan ialah mereka kebanyakannya berjalan tanpa terburu-terburu. Mereka suka berborak di tepi-tepi jalan sambil mengunyah sireh, dan bersantai di tepi pantai bersama anak-anak di kala petang hari.

15045610_1599247673434486_279308334_n
Orangnya sangat suka menolong dan jujur. Dalam kesibukan kota, ada sahaja orang yang menawarkan diri untuk menunjukkan jalan ke kedai makan, menjadi ‘tour guide’ ketika di pasar, tolong panggilkan teksi, malah membantu jika mahu membuat pertukaran wang. Apa yang membuatkan saya lebih kagum ialah selesai daripada membantu, mereka langsung tidak meminta apa-apa ganjaran atau wang sebagai upah! Melihat sifat jujur mereka ini, tidak hairanlah kadar jenayah di negara ini amat rendah. Penjenayah di penjara juga amatlah sedikit.
Secara jujurnya, banyak ibrah (pengalaman) yang dapat saya kutip sepanjang mengembara selama 7 hari di sana. Yang baik saya simpan dalam beg galas, yang buruk saya tinggalkan di sana.
Jika anda berpeluang untuk melancong ke luar negara, kaji dan belajarlah mengenai sejarah dan corak masyarakatnya di sana. Pasti anda menemui banyak perkara yang tidak disangka-sangka dan menarik!

14997285_1599247720101148_1864026096_n

Hanan Humaira Rozali
(Beliawanis PEMBINA)
11 November 2016, 2.44 pm.

Berikut merupakan hasil penelitian dan temu ramah penulis bersama masyarakat setempat sepanjang lawatan keluarganya ke Maldives selama seminggu sahaja. Sebarang kesalahan informasi amatlah dikesali.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s