Merdeka Disyukuri

Tanggal 31 Ogos kian menjelma,

Laungan kemerdekaan pun ke udara,

Dalam televisyen, radio bahkan tulisan pena,

Kalimat Merdeka! Merdeka! Merdeka! Siap sedia bergema.

Merdekakah hari ini?

Pertanyaan menerjah ke dalam diri.

Bukankah pengistiharan kemerdekaan bukti merdeka?

60 tahun penjajahan British masakan lupa?

 Penyerahan watikah perlembagaan kepada Perdana Menteri pertama?

Daripada Wakil queen Elizabeth II, Duke of Gloucester kepada

YTM Tunku Abdul Rahman Putra.

Tidak.

Tidak kan pernah dilupa episod penting ini,

Pahlawan kita telah pun menabur jasa dan bakti,

Masih bersyukur kerana kebebasan itu hari ni dapat dirasai,

Namun, sejauhmana merdeka ini disyukuri?

Adakah menerima merdeka tanpa memberi?

Kesedaran pilu mengetuk hati,

Pahlawan merdeka kini diingati ,

Telah mereka korban segala yang dimiliki,

Hilang harta dan keluarga demi kemerdekaan ini.

Masa dahulu pahlawan merdeka sentiasa bersiap siaga,

Tidak redha musuh negara menapaki lalu menjajahi,

Keringat peluh dan darah membasahi jasad anggota,

Kerana itu kemerdekaan hari ini dikecapi.

Para pahlawan dulu telah menderita,

Hajat merdeka Allah izini,

Penghargaan sejarah tak cukup sekadar dicatat pena,

Perlu usaha mengekalkan merdeka sehingga Allah meredhai bumi.

Hakikat hidup perlu diteliti,

Lembaran Al-Qur’an mencatat tujuan hidup ini,

Bukan hidup sekadar ikut arus realiti ,

Merdeka dari dijajah telah Allah beri,

Tapi adakah diri mensyukuri?

Cukupkah sekadar laungan  sambil gantung tangan dan kaki?

Sedar dan bangkitlah wahai diri!

Lihatlah hakikat disekelilingmu ini,

Manusia rela memperhamba diri pada duniawi,

Sehingga buta matlamat kehidupan hakiki.

Tengok sajalah era kini,

Hedonisme kian merebut hati pemuda pemudi,

Liberalisme bersarang merosak ideologi,

 Musuh-musuh Islam tak henti-henti merancang strategi,

Demi menguntungkan nafsu sendiri.

Impak diwar-warkan di pelosok negeri,

Namun masih ada yang berkeras hati,

Tetap dengan permainan ini,

Jangan sampai Pokemon Go dan teknologi menjajahi diri.

Merdeka telah membawa 1001 perubahan,

Kian canggih era pembangunan,

Aneka jenama pelbagai pengangkutan,

Dasar demi dasar digubal kerajaan,

Demi mengekalkan keharmonian,

Menerajui negara yang berwawasan.

Wahai diri,

Jangan asyik leka menerima kemerdekaan ini,

Sehingga jahiliah merobek diri,

Perhatikan dunia disekelilingmu ini,

Maksiat di media terlalu banyak disaji,

Menghalalkan apa yang Allah murkai,

Inilah dia perancangan segak diatur Yahudi,

Merosakkan akidah dan kecintaan pejuang agamawi,

Sehingga luntur umat mencontohi akhlak nabi.

Wahai diri,

Bangkit dan sambunglah rantai perjuangan ini,

Kembalikan merdeka sejati,

Usah ditunggu lagi,

Kerana umat merindui pahlawan sejati,

Yang mampu membawa perubahan zaman ini,

Menuju kearah kemerdekaan yang hakiki.

Perjuangan ini belum berakhir lagi,

Tidak mungkin kita tidak dijajah lagi,

Janganlah leka dengan kejayaan ini,

Zahirkan syukur dengan tindakan bukti,

Cukuplah menerima marilah memberi,

Marilah dalam saf perjuangan kita berdiri,

Memperjuangkan kemerdekaan sehingga kalimat syahadah menjulang tinggi.

 Takbir!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Penulis: Norsyahidda Bakry

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s