Apa Itu Merdeka?

“Siapa boleh berikan pada cikgu makna merdeka?”

“Saya tahu cikgu!” Kata Ahmad dengan penuh semangat.

“Baiklah, silakan Ahmad”.

“Merdeka itu adalah bebas. Negara kita telah bebas dari jajahan musuh di zaman datuk nenek moyang kita terdahulu dan telah diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957.”

“Bagus, ada sesiapa yang mahu huraikan lagi?” Abdullah mengangkat tangannya, tanda ingin menambah point.

“Ya, silakan Abdullah.”

“Cikgu, pada pendapat saya merdeka itu juga dari sudut yang lain adalah bebas dari hawa nafsu diri sendiri dan anasir-anasir jahiliah yang lain, selain bebas daripada cengkaman musuh prejudis secara zahir. Itulah erti merdeka yang lebih bermakna dan berharga lebih-lebih lagi bagi kita yang beragama Islam. Merdeka jiwa dengan agama!”

Seluruh warga kelas memberikan tepukan untuk jawapan Abdullah yang sangat menarik itu. Cikgu juga tersenyum bangga dengan jawapan anak muridnya dan sekaligus dapat memberikan objektif dan makna tersirat tentang erti kemerdekaan bagi seorang Muslim dan  berwarganegara Malaysia.

 

*****

Abdullah termenung sendirian mengimbau kembali zaman persekolahannya.

“Hai, awak buat apa tu, Abdullah? Bukan main panjang lagi termenungnya tu.”

“Eh, tiada apa-apa lah Wan. Saya teringat di sekolah dulu cikgu pernah tanya soalan dalam kelas tentang erti kemerdekaan. Tak sangka negara kita dah merdeka selama 59 tahun.”

“Betul kata awak tu, Abdullah. Saya bangga dengan segala kemajuan yang negara kita kecapi sekarang. Pesat dan cemerlang dari segi pembangunan, pendidikan, perhubungan dan macam-macam lagi. Cumanya ada juga saya terfikir adakah merdeka itu sekadar maju dari segi kemahuan dan kehendak manusia di dunia sahaja? Hmm…”

“Awak temankan saya esok boleh?”

“Boleh tapi pergi mana kawan?”

Abdullah hanya tersengeh kambing saja sambal memandang ke arah Wan.

 

*****

 

Keesokkan harinya di dalam masjid Al-Falah…

 “Merdeka? Merdeka daripada apa? Apakah bukti kemerdekaan kita? Sebenarnya manusia ini memang suka kemerdekaan, keamanan, kesejahteraan dan keharmonian. Sebab apa?

Sebab itu adalah fitrah semulajadi manuisa. Jadi, ianya akan jadi lebih cantik jika makna merdeka dan keamanan itu dapat kita patrikan sekali dengan adab-adab islami yang berkaitan dengan sekeliling kita.

Contohnya, keringat dan kehebatan para pejuang Melayu Islam pada suatu ketika dahulu seperti…telah berkorban untuk membebaskan tanah Melayu daripada dijajah musuh selama bertahun lamanya. Begitu juga semasa zaman Rasulullah dan para sahabat yang berjuang kerana Allah mempertahankan tanah Islam dan memperluaskannya lagi.

Semangat inilah yang perlu kita ambil. Islam memang mengalakkan kita supaya mempunyai semangat juang untuk pertahankan negara kita dan agama asalkan cara yang kita buat betul.

Lagi contoh lain yang boleh kita ikuti adalah kesungguhan dalam menegakkan kebenaran dan hak warganegara. Di dalam Islam, Rasulullah mengajar kita bersungguh-sungguh dalam melakukan perkara yang baik serta disulamkan dengan rasa ikhlas.

Ikhlas ni bagaimana? Ianya tak boleh dilihat, hanya diketahui oleh Allah sahaja. Sehinggakan ada yang pernah berkata kalau tidak keterlaluan di sini, ikhlas itu tidak boleh dirasa, jika kita masih lagi memikirkan tentang amal yang kita lakukan, maka belum lagi capai tahap keikhlasan itu. Subhana Allah!”.

“Abang Abdullah, tapi masa zaman Rasulullah dulu ada ke merdeka?”

“Haa…soalan yang sangat menarik. Adik-adik kat sini ada sesiapa yang tahu? Baiklah, biar abang ceritakan sedikit ya. Masa zaman Rasulullah sebelum kedatangan Islam dan beliau dibangkitkan menjadi nabi dan rasul, masyarakat arab pada masa itu tidak bebas serta jahil tentang moral dan sahsiah diri serta tiada tamadun hidup.”

“Macam mana tu bang?”

“Maksudnya, hidup mereka tak bebas dari kemunduran peribadi seorang manusia. Huru-hara hidupnya. Tidak berperikemanusiaan. Antaranya apa? Ayah membunuh anak perempuan sendiri, orang perempuan dijadikan hamba dengan sesuka hati, masyarakat boleh minum arak sana-sini hingga memabukkan lalu membuat perkara-perkara yang tak diingini. Seram bukan?”

“Eeeee, takutnya bang. Kalau orang mabuk lepas tu dia tak sedar mesti boleh bunuh orang! Kan bang?”

“Betul tu adik. Naudzubillah. Semoga Allah melindungi kita semua. Eh, adik-adik faham ke ni?”

“Emm, yang merdeka tu macam mana pulak?”

“Ok, dengan izin Allah lahirlah Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Maka Allah pun membangkitkan Nabi menjadi seorang nabi dan rasul yang membawa cahaya Islam kepada seluruh alam.

Rasulullah bersungguh menyebarkan dakwah mengajak semua umat pada masa itu mengenal Allah. Belajar nilai-nilai murni seorang manusia yang baik. Ramai yang sedar dan menerima Islam dan ada juga yang menolak kerana tidak percaya kepada Rasulullah.

Alhamdulillah, disebabkan oleh usaha Rasulullah menyampaikan dakwah Islam, masyarakat yang percaya dan menerima seruan Baginda secara automatik telah merdeka daripada belenggu jajahan jahiliah.

Jajahan jahiliah yang berturutkan nafsu syahwat, kehendak yang berlebihan, keinginan, keseronokan dan juga kemewahan dunia semata-mata. Mereka bukan sahaja merdeka dari segala macam adat karut dan tradisi nenek moyang yang melampau, malah merdeka dari hasutan syaitan dan nafsu sarakah diri sendiri.

Masyarakat Arab pada masa itu sangat bersyukur kerana dapat keluar dari zon kegelapan kepada suasana hidayah yang terang bercahaya setelah kehadiran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Seperti firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 257 bermaksud :

“Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman)…”

“Haa sekarang adik-adik faham?”

“Faham abang. Jadi apa beza antara merdeka daripada musuh yang bersenjata dengan musuh yang tak nyata?”

“Yang bersenjata sudah tentu kita boleh nampak kan? Yang tak nyata ni pula sesuatu yang kita tidak nampak dan lebih bahaya jika kita leka dan tidak berjaga-jaga. Ini kerana  musuh yang tak nampak seperti hawa nafsu ini akan lebih memerangkap diri kita sendiri. Jiwa kita rasa tak bebas bila tak lepas dari jajahan nafsu”.

“Macam mana tu bang?”

“Adik-adik, orang yang mengikut hawa nafsu atas kemahuan dunia semata-mata ini akan menjadi tidak tenang hidupnya kerana sentiasa berasa tak cukup dengan apa yang dimiliki. Contohnya bila seseorang itu mempunyai harta yang banyak tetapi tak bersedekah kerana dia menyangka bahawa harta yang didapatinya itu adalah dari usaha dia sendiri, maka sifat tamak akan selalu ada dalam diri. Sedangkan rezeki itu datangnya dari siapa?”

“Allah!”

“Betul tu. Apabila ada sifat tamak ia akan membuatkan dirinya berlumba-lumba membuat sesuatu disebabkan ganjaran yang akan dia peroleh. Akan ada unsur-unsur sakit hati di situ. Iri hati dengan rakan sekerja kerana dapat naik pangkat, cemburu melihat jiran menukar sofa baru dan macam-macam lagi. Adakah rasa itu seronok?”

“Mestilah tak seronok bang! Hidup bagaikan terkongkong dalam penjara.”

“Aiwah! Penjara nafsu. Baiklah, dah panjang abang cerita tadi adik-adik faham betul-betul tak tentang merdeka sebenarnya?”

“Insya-Allah faham abang Abdullah. Kesimpulannya, merdeka ni adalah pembebasan tanah air serta semangat patriotik dan juga yang lebih mendalam lagi merdeka dari hawa nafsu sendiri serta menjauhkan diri dari segala jajahan jahiliyah walaupun kehidupan bertambah moden. Kan bang?”

“Sangat tepat! Bagus adik-adik abang hari ni. Ok lah, kalau macam tu nanti kita buktikan yang kita rakyat Malaysia berjiwa pejuang yang berwibawa. Ok? Merdeka yang sebenar adalah apabila jiwa kita bebas daripada cengkaman nafsu yang melulu dan kita tunduk sujud tanda taat setia pada Pencipta yang Esa Allah SWT”.

“Insya-Allah abang!”

 

*****

 

Ketika di dalam kereta…

“Wah, terima kasihlah Abdullah ajak saya teman awak hari ni. Saya rasa jawapan saya macam terjawab dah hari tu”.

“Hehe sama-sama. Saya memang sengaja ajak awak teman saya sebab saya tahu awak tak ke mana-mana hari ni dan kebetulan Awlad Circle saya hari ni berkisahkan tajuk yang sama. Bulan ni kan bulan kemerdekaan.”

“Iyalah. Wah, untung saya dapat kawan serumah macam awak, bukan ustaz tapi macam ustaz la! Hehe”.

“Alhamdulillah. Terima kasih juga pada awak yang sentiasa teman saya bila saya minta tolong dari awak. Kita ni walaupun kerja apa sekalipun, kita tetap bawa benda yang sama iaitu Islam. Jadi, jatidiri kita kenalah ampuh tak mudah rapuh. Tak gitu?”

“Betullah Abdullah. Kita juga kena bantu generasi-generasi baru ni untuk faham realiti dan kisah sebenar kehidupan dan sejarah lalu selari dengan sumber-sumber yang benar sekaligus boleh mengangkat Islam itu sendiri. Kan?”

“Betul tu Ustaz Wan Zafran. Pandai awak. Sebab hakikatnya itu bermula dari agama fitrah tu sendiri, iaitu Islam. Islam is the best way of life. Nothing impossible with Islam sebab ia adalah agama Allah”.

“Saya risau dengan gejala-gejala yang semakin mencanak zaman sekarang ni. Dengan segala kemajuan dan arus kemodenan kini, ramai masyarakat kita yang tewas. Merdeka hanya pada tarikh 31 Ogos sahaja dan merdeka kerana tidak lagi berkurung di dalam rumah seperti lima dekad yang dulu, walhal mereka tidak merdeka dari segi akal fikiran dan nafsu sendiri. Musuh juga semakin licik. Ia tidak lagi bersenjatakan senapang dan bom tetapi dengan segala bentuk hiburan yang lalai yang boleh mengheret jiwa-jiwa segar menjadi terbungkam layu. Eh, emosi pula saya”.

“Hehe saya faham tu. Betul kata-kata awak tu Wan. Jadi, bila kita dah sedar, apakah yang perlu kita lakukan atas dasar tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai saudara seakidah? Saya bercadang untuk kita ajak rakan-rakan terdekat kita untuk memahami hakikat kemerdekaan dan kebebasan. Kita boleh belajar untuk dapatkan maklumat yang benar. Selepas itu, kita ceritakan dengan rakan-rakan ataupu ahli keluarga. Kita juga boleh memuat naik post di facebook, twitter, instagram, wechat dan lain-lain lagi. Amacam?”

“Hmm saya setuju. Apa kata selepas itu kita buat poster-poster yang simple kita edarkan dekat kawasan perumahan rumah kita. Tak apa sikit-sikit, lama-lama jadi?”

“Jadi bangkit. Hehe betul saya setuju. Alhamdulillah saya dah ada geng mamat beragenda lah! Esok kita mula ya? InsyaAllah”.

“Ooo geng mamat beragenda ya? Mestilah kena beragenda kawan, kalau tidak…kita yang diagendakan. Boleh-boleh insyaAllah, jom jadi rakyat dan hamba yang merdeka zahir dan batin. Yeah!”

 Penulis: Natrah MN

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s