Syria : Selamat Hari Ibu dan Guru

Sahabatku,

bulan ini bulan Mei

bulan ini akan dihiasi dengan merahnyamawar dan haruman wangi kad ucapan Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru

kebiasaannya.

 

Tetapi sahabat,

kali ini ingin kukhabarkan kelainan

Ya, usah risau sahabat

bulan ini masih namanya Mei

dan terletak Hari Ibu dan Hari Guru

juga Hari lahirku.

Oh, maaf aku bercanda hanya mengurangkan resah dijiwa

kerana kali ini bulan Mei sedikit bertukar suasana

bulan Mei kali ini dihiasi merah tetapi merah darah saudara kita di Syria dan haruman mayat di celah runtuhan bangunan sana.

 

Aduh sahabat

luluhnya hati ini

melihat anak kecil yang tanpa silu menarik helaian demi helaian rumput

di celah bangunan runtuh

di situlah mereka mengisi perut

dan mungkin di situ juga pernah bersemadi jasad orang tua mereka.

 

Oh sahabat

lantas harus bagaimana kini?

hilang ceria Mei kali ini

bukan ucapan ‘Selamat Hari Ibu’

malah ‘Terima Kasih Guru’

tetapi hanya doa – doa pengharapan moga -moga saudaraku di Syria baik – baik sahaja.

 

Untuk itu sahabatku,

yang sudi membaca cerita hatiku

juga aku pasti sudi untuk berbuat sesuatu

ya,sahabat

memang mereka perlukan doa aku dan dirimu

dan mereka perlu juga perubahan dalam diri kita

kita dan mereka dalam satu perjuangan yang sama

kerana kita diikat dalam ikatan akidah yang sama.

 

Untuk kesekian kalinya, sahabat

kau wanita dan aku juga seorang yang bernama wanita

peranan kita usah disanggah

Mei begitu bermakna untuk kita

yang bakal menjadi ibu dan guru

juga bermakna utk mereka yang di Syria

didiklah diri kita menjadi wanita solehah

menjaga santun,beragenda dalam hidup dan melindungi maruah seorang wanita

nanti kan lahir daripada rahim ini

generasi harapan menegakkan agama

agar tersenyum Syria melihat kita.

 

Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru buat warga Syria yang berjuang kerana telah mendidik dan mengajar kami erti perjuangan!

 

[Atiqah Azis]

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s