PENTINGKAH SAMBUT HARI IBU?

Pentingkah kita menyambut hari Ibu?

Semua orang pastinya mempunyai seorang ibu. Ibu yang melahirkan, mendidik dan membesarkan tanpa jemu dan sentiasa menginginkan yang terbaik buat anaknya. Hari-hari merupakan hari ibu. Mungkin ada satu hari yang anda ingin meraikan ibu anda dengan sangat istimewa layanannya.

Jadi, apakah rancangan anda untuk meraikan ibu anda?
Jika anda masih keliru dan tiada idea, jangan risau kerana mungkin ini boleh membantu anda

Berikut adalah beberapa cadangan untuk meraikan ibu anda;

1. Membuat kad hari ibu sendiri.
Jangan beli! Tapi buat sendiri dengan segala sumber yang sedia ada. Guna tulisan sendiri, jangan tampal atau print ucapan anda. Hal ini kerana, usaha anda untuk menghasilkan kad dengan sendiri lebih membuatkan para ibu terharu.

2. Membuat kejutan lawatan ke rumah
Anda sibuk bekerja, belajar dan jarang pulang ke rumah? Pulanglah dan raikan ibu anda! Lebih menarik jika anda pulang tanpa memberitahu mereka. Pulang bersama bunga, hadiah, coklat atau apa sahaja yang mengembirakan ibu anda adalah lebih baik. Pasti ibu anda tidak akan berhenti tersenyum nanti, percayalah.

3. Memasak makanan kegemaran ibu
Membuat sesuatu diluar kebiasaan juga salah satu cara yang menarik untuk meraikan ibu anda. Contohnya menyediakan sarapan dan makan tengah hari khusus buat ibu. Mesti ibu anda tersenyum lebar melihat anaknya telah menyediakan sarapan di awal pagi!

4. Telefon
Jika ibu anda berada jauh dari anda, jangan lupa untuk selalu menelefon mereka. Walaupun tidaklah kelihatan istimewa sekurang-kurangnya tanda ingatan kepada bonda terchenta.

Tanpa ibu, siapalah kita pada hari ini. Marilah kita bersama-sama meraikan ibu kita semua.
Jadi, buat semua para ibu di Malaysia, Selamat Hari Ibu!
Buat mak saya,

Selamat hari ibu, Mak
Terima kasih, Mak.

Hasil tulisan: Normarjana bt Ahmad Darus // Marjana Darus
Ketua Beliawanis PEMBINA UNIMAS

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s