Kerana Aku Adalah Seorang Hamba

image

Di kehangatan petang hari,
aku bersama sahabat makan bersama-sama.
Hidangan cukup mengiurkan dengan pelbagai juadah di hadapanku.
Aku tersenyum, “Alhamdulillah, rezeki hari ini.”

Tatkala doa makan sudah dibaca,
sahabat kiri kananku mula menjamah makanan.
Tidak sabar mereka semua.
Lapar mungkin.
Aku tersenyum lebar melihat mereka makan.
Aku mengambil sedikit kuah dan seekor ikan sebagai santapanku pada waktu itu.

Hatiku mula bermonolog…
“Ya Allah, aku tidak berselera untuk makan makanan ini kerana mengingatkan sahabatku di luar sana yang masih belum makan dari kelmarin, mengikat perut menahan lapar.”

Teringatkan juga akan sahabatku yang makanannya hanya beralaskan sisa makanan sahaja, aku melihat juadah di hadapanku.
Aku menyeka setitis air di hujung mataku, “Ya Allah, jika ada hamba-Mu yang dalam kelaparan maka Engkau kenyangkanlah mereka ya Allah. Amin.”
Aku meneruskan santapanku.

Di keheningan bayu malam,
beralaskan sejadah merah usangku,
aku termenung seketika.
Satu perkara bermain di fikiran kusutku.

Alhamdulillah,
pada malam ini aku masih diberi kesempatan untuk bersujud tanda pengakuanku sebagai seorang hamba kepada Sang Pencipta.
Begitu banyak nikmat yang Dia telah anugerahkan kepadaku.

Anugerah iman dan Islam merupakan nikmat terbesar yang jarang disyukuri dan disedari penerima anugerah ini.

Lantas,
air mataku bergenang.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah kerana aku masih lagi mempunyai iman untuk mengamalkan Islam yang sejati.
Bersyukur sangat kerana nikmat ini. Nikmat ini yang membawa aku ke dalam pelukan Rabbku.

Aku tenang dalam pelukan itu.
Aku bahagia dengan pelukan itu.

“Ukhti, tolong doakan ana ya.”
“Akak, doakan saya tau!”

Zappp… Aku ditampar pedih dengan permintaan mereka.

Siapa aku untuk mendoakanmu?

Aku hanya seorang hamba yang banyak dosa.
Aku hanya seorang hamba yang sedikit amalnya.
Aku hanya seorang pendosa yang tidak tahu pahala atau syurga tempatnya.
Aku malu sendirian, malu dengan permintaan mereka.
Aku rasa hina sebagai seorang hamba yang tidak punya apa-apa untuk dipamerkan amalannya di hadapan yang Maha Penguasa nanti.

“Ya Allah, jika aku yang Engkau pilih untuk diangkat martabatnya, untuk disayangi oleh penghuni langit dan bumi, aku bukanlah orang yang tepat. Aku tidak layak, Ya Allah.

Hanya seorang hamba biasa yang masih mengharap redha-Mu,
yang masih menagih rahmat-Mu,
yang masih mencari cinta-Mu.
Dan itulah aku sebagai seorang hamba-Mu, ya Allah.

 

[Oleh Wan Norkhalida]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s