Anak Kecil Bersedekah

sedekah (1).jpg

“Nah, ni Opah bagi seorang RM3, nanti ikut Cik Su belilah apapun kat pasar malam tu ye,” pesan Opah, dengan perlahan mengeluarkan gulungan wang dalam beg kecil berzip itu.

Di pasar malam,

“Abang Long nak beli apa? Nak beli air jagung tu ke?” soal Cik Su ringkas.

“Abang Long, hey hey pandang apa tu, termenung pulak dia.”

Tersentak Abang Long bila bahunya disentuh. “Cik Su boleh tak Abang Long nak guna duit ni nak sedekat kat nenek tu?”

“Allah…” Sayu hati Cik Su tika itu.

” Pergilah, bang. Bagi RM1, nanti RM1 lagi beli air.”

“Cik Su, adik nak bagi juga macam Abang Long.” Adik 4 tahun, terlompat-lompat meminta izin untuk mengikuti tindakan abangnya.

“Angah pun!” Sambung Angah.

Belari-lari dua adik beradik itu mengejar Abang Long mereka.

====
Di bank.

“Cik Su parking sini kejap, Cik Su nak pergi bank. Semua turun jom turun ikut Cik Su.”

Sedang Cik Su beratur, tak henti-henti Cik Su melirikkan matanya ke arah anak-anak saudaranya. Terukir senyuman melihat gelagat mereka.

Sekali lagi.

“Subhanaallah!” hati Cik Su disentuh lagi dengan akhlak soleh 3 beradik ini.

Mereka masukkan lagi wang yang berbaki ke dalam tabung di luar pintu masuk.

“Semoga Allah memberkati hidupmu abang sebab kau dah berjaya mendidik dan membentuk sahsiah baik dalam diri anak-anakmu,” doa Cik Su dalam diam.

Dalam kereta,

“Abang Long, cuba buka dashboard tu. Angah cuba seluk poket belakang kerusi Cik Su ni. Adik seluk poket belakang kerusi abang Long.”

“Kenapa cik Su? Ada sampah ke nak kena buang?” Soal Angah kehairanan.

“Eh, eh ada duit, biru lah cik Su!” jerit adik.

“Aah, abang Long pun, ni Rm50 ni, kenapa cik Su letak sini? Bahaya nanti terbuang,” tanyanya matang.

“Aah Cik Su, abah katakan… Lipas dalam kereta boleh gigit duit!” sampuk Adik sedikit pelat.

“Nah, Cik Su!” Abang Long menghulurkan duit itu kepada Cik su.

Tanpa tidak sengaja , menitis air mata Cik Su.

“Subhanaallah, tulusnya mereka,” bisik hatinya.

” Abang Long, Angah, Adik, dengar sini ya. Allah yang gerakkan hati Cik Su nak bagi duit pada abang Long, Angah, Adik tau. Jadi ambillah. Ini hadiah di dunia daripada Allah untuk orang yang suka bersedekah.”

“Macam Abang Long kan Cik Su?”

“Aah, macam Abang Long, Angah, dengan Adiklah!” senyum Cik su, sambil menghidupkan enjin kereta miliknya.

 

Tamat.

 

[Nur Syahidda Bakry]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s