WANITA PENDIRI PERADABAN ILMU

image

Apabila kita berbicara tentang peradaban ilmu, apa yang terbayang di benak fikiran kita? Sudah tentu yang tergambar adalah sekolah-sekolah, madrasah, kolej dan isntitusi pendidikan tertinggi iaitu Universiti. Betul kan? Kerana apa? Kerana disinilah terletaknya sistem pendidikan formal dan tersusun yang tidak boleh dinafikan peranannya bagi melahirkan generasi berilmu yang mampu membangun peradaban yang hebat. Hari ini kita lebih mengangkat Universiti  barat sebagai sumber keilmuan yang terbaik sedang kita lupa peradaban Ilmu bermula dari dunia Islam di saat Barat berada dalam kegelapan jahiliyah beratus tahun lamanya.

Universiti Tertua Dunia & Perkembangan Peradaban Islam

Pernahkan anda tahu apakah Universiti tertua di dunia dan dimanakah letaknya? Universiti Al-Azhar?
 
 Kurang tepat, ada yang lebih awal sebenarnya. Jawapannya adalah Universiti Al-Qawariyyin yang terletak di Kota Fez, Morocco. Universiti ini dijadikan berstatus universiti pada tahun 1963 si zaman Morocco moden dan telah diperakui oleh badan warisan dunia UNESCO dimana ia adalah universiti yang tertua di dunia dan masih algi berfungsi sehingga ke hari ini.

Universiti AL-Qawariyyin ini telah dibangunkan pada tahun 859 Masehi dengan fakulti-fakulti serta madrasah yang telah berkembang menjadi pusat akademi dalam pelbagai bidang ilmu ketika itu.  Dalam masa yang sama, keadaan di sebelah dunia yang lain, Barat masih dalam kegelapan, sesat dan sistem pemerintahan yang berteraskan kekuatan, tahyul dan sihir serta jauh dari sifat kemanusiaan. Banyak kezaliman dan perhambaan, suasana jahiliyah yang amat dasyat!

Universiti Al-Qawariyyin terus berkembang menjadi pusat llmuan Islam dalam pebagai bidang tersohor setanding dengan Cordova dengan menjadi salah satu tujuan sarjana dan cendekiawan Muslim setempat, Jazirah Arab dan bahkan Eropa dan Asia. Banyak kajian-kajian ilmu sering dilakukan disana.

Disini jugalah lahirnya para cendekiawan dan ilmuan Islam yang hebat dan masyhur seperti Ibnu Khaldun, Muhammad al Idirisi, Al Hassan Ibni Muhammad al Wazan, Muhammad Allal al-Fassi, Abd el-Krim, Muhammad Taqi-ud-Din bin Abdil Qadir Al-Hilali, Abu al-Fadl Abdullah bin Muhammad bin al-Siddiq al-Ghumari dan ramai lagi. Apa yang menarik juga disini terletaknya naskhah asal  Kitab terkenal Al-Muwatta tulisan Imam Malik. Subhanallah!

Arkitek Di Sebalik Peradaban

Melihatkan kehebatan perkembangan peradaban ilmu di Morocco ini pernahkah kita terfikir siapakah pengasas kepada terbangunnya universiti tertua dunia ini? Ia mustahil didirikan oleh orang-orang biasa melainkan susuk tubuh yang berkeperibadian hebat dan luar biasa.

Menakjubkan apabila mengetahui pendirinya adalah seorang wanita yang bernama Fatimah Al-Fihri. MasyaAllah! Fatimah Al-Fihri telah mewakafkan sebahagian besar harta yang diwarisi oleh bapa dan suaminya di jalan Allah dengan mendirikan sebuah masjid Al-Qawariyyun yang kemudiannya menjadi pusat pendidikan atau universiti.

image

Siapakah beliau? Dan apakah motivasi beliau?

Lahir dari keluarga yang berasal dari Tunisia, anak kepada seorang ahli perniagaan Muhammad Al-Fihri, Fatimah merupakan anak pertama dan memiliki seorang adik perempuan bernama Mariam. Muhammad Al-fihri bersama keluarganya berhijrah ke Kota Fez Morocco bagi mengembangkan perniagaanya dan akhirnya berjaya menjadi ahli perniagaan yang berjaya dan terkenal. Agama merupakan pendidikan utama dalam keluarga al-fihri, dan kerana tarbiah itulah Fatimah dan adiknya membesar menjadi seorang muslimah yang bertaqwa kepada Allah.

Dengan semangat, keinginan, cita-cita besar, seorang muslimah yang berpandangan jauh ini berhasrat melakukan sesuatu yang dapat menyumbang kepada islam dan masyarakat muslim setempat

Dengan kelebihan mewarisi harta yang ada Fatimah memutuskan bagi mendirikan masjid Al-Qawariyyun pada tanggal 30 Jun 859 M. Adiknya turut mewarisi visi yang sama dan membangun masjid Andalus. .

Fatimah seedar ianya menjadi bekal pahala yang berterusan buat diri dan keluarganya diakhirat kelak berdasarkan hadis Rasulullah saw:

“Apabila seorang manusia itu meninggal dunia, maka terputuslah amal perbuatannya kecuali dari tiga sumber, yaitu sedekah jariah (wakaf), ilmu pengetahuan yang bisa diambil manfaatnya, dan anak soleh yang mendoakannya.” (HR Muslim)

Begitulah hasil didikan dan tarbiah yang baik membuahkan hasil yang baik juga.

Dalam proses mendirikan masjid ini komitmen yang diberikan bukan sedikit, bahkan setiap inci pembinaan masjid ini diteliti oleh Fatimah. Segala perbelanjaan tidak sedikit pun menggunakan wang orang lain. Air dan tanah yang digunakan juga dimanfaatkand dari tanah yang mendirikan dari masjid tersebut. Ada juga cerita yang mengatakan beliau tekad berpuasa selagi masjid ini belum selesai terbina. Allahuakbar!

Keperibadian Ummahatul Mukminin

Apa yang dilakukan oleh Fatimah Al-Fihri sungguh memberikan inspirasi. Disebalik keperibadian beliau teringat kita kepada kisah kedermawan ummul mukmin Saidatina Khadijah dalam menyumbang kepada jihad fisabilillah. Ketika saat akhir hidup Saidatina Khadijah, beliau sempat kata-kata yang mengagumkan malaikat Jibril

"Wahai Rasul utusan Allah, tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku, tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini"

Disebalik keprihatinan Fatimah Al-Fihri kepada keperluan Ilmu mengingatkan kita kepada ulama wanita Islam pertama isteri nabi, Saidatina Aisyah yang menjadikan rujukan umat Islam. Sungguh setiap wanita perlu menjadikan ummahatul mukminin itu sebagai teladan utama setelah Rasulullah s.a.w. bagi dalam menggapai redha Allah.

Bagi para wanita muslimah kini, ambillah ibrah dan pelajaran. Contohi sifat dan keperibadian Fatimah Al-Fihri. Sesungguhnya wanita itulah madarash bagi generasi akan datang yang kelak diharapkan menjadi pejaung agama dan mengagkat tinggi kalimah tauhid atas muka bumi Allah.




[Ummu Syarik]
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s