HALANGAN UNTUK BERUBAH

image

“Nak move on tapi bukan main payah.”

Cuba kalian muhasabah diri, atau check atau dalam bahasa Melayunya adalah semak. Semak kenapa? Sebab? Punca susah nak move on atau erti kata lain, berhijrah, ataupun berubah, ataupun seorang penulis, Aiman Banna kata Henshin.

Saya bukanlah sesiapa untuk menerangkan mengenai ini, tapi ini berdasarkan pemerhatian yang telah saya buat secara tidak sengaja. Opss! Saya yakin ramai di antara kalian memang hendak berubah ke arah kebaikan. Ada juga menyatakan hasrat hendak pakai tudung labuh dan jadi muslimah sejati. Tetapi, hari demi hari tiada apa pun yang berubah? Sama sahaja? Cakap tidak serupa bikin ke?

Ehhh tidakk… Mereka yang bercakap begitu bukanlah cakap tidak serupa bikin, mereka memang berhasrat hendak berubah. Tetapi mereka jadikan 1001 alasan itu penghalang mereka untuk berubah. Mereka? Hm, ‘Mereka’ tu termasuk saya sekalilah.

Kenapa bukan main payah nak berubah?

Baik, kita teruskan kepada persoalan. Mesti ada sebab kan? Tidak mungkin mereka suka-suka sahaja cakap payah. Jadi apakah halangan kita hendak berubah, berhijrah, move on atau Aiman Banna kata Henshin. Ceh, dari tadi ulang benda sama! Ok, ok, ok! Sebenarnya ada banyak penghalang yang buat kita rasa payah nak move on. Tapi saya hendak tekankan empat perkara ini atau empat alasan yang menjadi penghalang kita untuk move on.

 

1.      Sebab bercinta atau masih berhubungan dengan lelaki ajnabi.

Well, ini banyak berlaku ya. Banyak. Macam mana hendak berubah kalau kita masih bergelumang dengan maksiat? Macam mana hendak berubah kalau masih tidak menjaga ikhtilat.

Sudah terang lagi jelas firman Allah SWT, “wala taqrabuzzina” yang bermaksud “Jangan kamu dekati zina”.

Hendak berubah perlu ikut apa yang Allah SWT suruh dan tinggal apa yang Allah SWT larang. Saya rasa, rasa sahaja eh, ataupun agak-agak sahaja, yang ada hasrat nak berubah ni mesti ada beli buku Tarbiah Sentap, Henshin, Henshin Muslimah atau Infiru. Ke tiada? Okay tidak mengapa, tetapi memang sudah banyak dijelaskan mengenai ayat “wala taqrabuzzina” tapi kenapa hati masih berdegil. Sekarang, muhasabah dan semak.

2.      Salah pilih kawan

Kenapa pula saya katakan salah pilih kawan adalah salah satu penghalang? Baiklah, ada yang hendak berubah dan mereka tiada buah hati jantung, limpa, paru-paru dan tulang rusuk ini. Tetapi masih bukan main payah nak berubah. Salah satunya sebab salah pilih kawan.

Come on, kalau kita berkawan dengan orang yang langsung tidak memberi manfaat kepada kita, why kita hendak ikut cara dia?

Kalau kita still nak berkawan dengan orang yang ajak kita “Weh, jom gi karoke”, “Weh, jom lepak-lepak”, “Weh, jom overnight”, “Weh, jom teman aku dating” sampai bila-bila kita mundur dan mengundur, atau mungkin boleh kecundang.

Kalau kita tidak salah pilih kawan dan berkawan pula dengan orang yang selalu ajak “Jom solat”, “Jom mengaji”, “Jom pi usrah” . Jadi kita akan terdorong dengan perkara-perkara yang baik juga.

Bukan kata jangan berkawan dengan kawan yang kurang mendorong kita ke arah kebaikan, tapi saya cuma hendak awak berhati-hati apabila menjalinkan persahabatan. Maaf kalau saya salah tapi cuba kalian semak betul atau tidak.

3.       Masih tidak puas hendak enjoy

Aduh! Ini pun masalah juga. Hendak berubah tetapi masih hendak berseronok. Iyalah, bila sudah berubah, pakai tudung labuh dan bertutup litup, mana boleh hendak ‘huha-huha’, mana boleh lagi nak masuk pusat karoke. Perlu jaga itu dan ini. Nanti orang kata “Tudung je labuh, pakai je tudung, tapi perangai tuttttt”. Konon tidak mahulah mencemarkan nama ‘muslimah’.

Aduhh, wake up!. Kata hendak berubah kan? Sudah pasti kena tinggalkan perkara yang lagha (melalaikan). Semestinya dan sepastinya kena tinggalkan. Dan apabila sudah berubah, bukanlah perlu duduk terperap di dalam rumah 24 jam. Ada cara dan aktiviti yang lebih bermanfaat daripada berseronok yang tidak bermakna. Jelas? Sekarang, muhasabah.

4.       Tidak layak untuk move on atau tiada keyakinan.

Bangkit! Kenapa rasa diri tidak layak? Allah itu Maha Pengampun, atau dalam bahasa Arab, Allah Al-Ghofur. Hendak berubah bukan diri kita yang menilai layak atau tidak. ‘Rasa’ tidak layak itu hanya mainan perasaan, hanya alasan, hanya bisikan syaitan. Kalau tidak pun bisikan manusia? Sudahlahh. Manusia yang iri hati hati tidak akan berhenti untuk mengata dan mengutuk kita?

“Wahhh, ustazah dah kau sekarang!”.

Berbanggalah orang gelar awak ustazah daripada orang gelar awak jahiliah. Apa masalahnya? Ada masalah ke digelar ustazah, digelar muslimah? Hina ke gelaran tu daripada gelaran jahiliah? Haa… cubalah fikirkan dan renungkan.

Sekarang, ada lagi tidak alasan untuk kita tidak berubah?  Hendak atau tidak, pilihan ditangan kita. Keputusan kita pilih sendiri. Kalau boleh kita tidak mahu wujud istilah ‘cakap tak serupa bikin’.

Akhir sekali, Kesimpulan yang hendak saya rungkaikan adalah, mujahadahlah! Jihad melawan nafsu dan empat penghalang itu kalau kita tinggalkan insya-Allah tidak akan pernah susah, payah dan rumit untuk move on, berhijrah dan berubah.

Memang hendak berubah ada perkara yang kita perlu lakukan dan ada perkara yang kita perlu tinggalkan. Jika benar-benar hendak berubah, bukan hanya tanam azam tapi buat sehingga kita benar-benar ikhlas hendak berubah kerana Allah SWT.

Wallahu’alam.

 

[ Siti Nabilah Binti Abdul Rahim]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s