USAH BERHENTI UNTUK SEBUAH HIJRAH

image

Hijrah…

Menghijrahkan diri memang payah
Ada masa kita kalah
Ada masa kita lelah
Ada masa kita bertuah
Itulah namanya Mujahadah.

Mujahadah…

Kadang-kadang orang marah
Kerana selalunya menentang arah.

Kadang-kadang orang tak suka
Jadilah kera sumbang sahaja.

Kadang-kadang orang mengata
Tunjuk baik, padahal berpura-pura.

Kadang-kadang orang menghina
Kolot! tak mengikut peredaran masa.

Kadang-kadang orang tak yakin
Semuanya tak boleh, kita jadi miskin

Kadang-kadang orang menjeling
Tunjuk hebat!Macamlah dia orang penting.

Oleh itu…

Teruskan melangkah
Walaupun payah.

Teruskan tekad
Walaupun penat.

Bulatkan niat
Kuatkan munajat.

Semuanya…

Bukan kerana  manusia
Bukan ingin dipuja
Bukan ingin dimulia
Bukan untuk berbangga
Bukan untuk mencari nama
Bukan untuk segalanya di dunia.

Tapi untuk Allah yang Esa
Untuk Syurga penuh pesona
Semoga Allah sentiasa bersama kita.

Ameen, amen ya Rabbal Alamin

[Ummu Syarik]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s