AKU TAK PANDAI “SPEAKING”!

image

Bahasa Inggeris merupakan satu bahasa yang digeruni oleh sebilangan mahasiswa kerana penguasaan yang lemah terhadap lingua franca ini. Dahulu saya juga begitu. Takut terhadap Bahasa Inggeris.

Saya malu untuk bercakap sebab tiada “vocabulary”. Tidak pandai menyusun tatabahasa apatah lagi tenses yang ada. Kalau hantar latihan pada cikgu, pastinya penuh catatan pen marah kesalahan tatabahasa, ejaan dan sewaktu dengannya.

“Sampai bila Amal? Sampai bila kau nak sembunyi?” soal saya pada diri sendiri.

Di tambah pula perasaan bercampur baur antara cemburu dan gembira melihatkan sahabat baik saya semuanya cemerlang dalam mata pelajaran ini, saya nekad untuk melakukan sesuatu.

Allah kurniakan akal untuk manusia agar kita berfikir dan belajar. Saya yakin jika mereka boleh cemerlang, mengapa tidak saya. Kini, ke mana mana saya pergi, pasti akan ada yang terkesima. Seorang anak melayu yang bertudung labuh, mempunyai keyakinan tinggi dan mampu bertutur dalam bahasa inggeris dengan lancar. Sama ada di dalam kelas mahupun tika berinteraksi dengan orang luar, saya tetap berkeyakinan untuk bercakap walaupun tatabahasa saya masih berterabur di sana sini.

Oleh itu hari ini, ingin saya kongsikan beberapa tips dan trik yang telah saya aplikasikan untuk menguasai bahasa Inggeris.

1. Cari motivasi

Saya adalah sejenis manusia yang kadangkala suka berhenti di tengah jalan. Rasa tak bermaya semena-mena. Disebut futur kalau dalam kamus budak-budak usrah. Jadi saya harus mencari motivasi untuk terus menyuntik semangat saya agar sentiasa berkobar-kobar.

Dalam keluarga, saya merupakan anak sulung daripada dua beradik. Semasa saya berada di darjah tiga, adik saya yang baru berusia tiga tahun tika itu sudah lancar bertutur bahasa Inggeris berserta “slang” Americannya. Frasa-frasa seperti vanish into thin air serta vocabularinya yang bombastik telah berjaya mencalarkan ego seorang kak Long. Kepetahannya telah mencuri perhatian emak, abah serta rakan-rakan mereka menyebabkan saya menjadi rendah diri. Lantas, semenjak daripada hari itu adik saya, Abqari yang menjadi pembakar semangat saya untuk belajar bahasa Inggeris.

2. Rajin membaca

Zaman sekolah di mana era mengejar anugerah Nilam telah mencambah minat saya terhadap buku dan budaya membaca. Antara novel bacaan Inggeris yang menjadi minat saya adalah siri The Famous Fives tulisan Enid Blyton. Apabila menginjak dewasa, saya lebih menjurus ke arah genre bacaan remaja seperti tulisan Randa Abdel Fateh dan siri sci-fi Star Wars.

Tapi apabila saya memasuki alam universiti, saya seakan bertambah malas dek terlalu banyak tugasan. Oleh kerana saya banyak merujuk jurnal dan buku rujukan dalam bahasa Inggeris, saya secara tidak sengaja sedang membaca juga walaupun bukan buku-buku yang tertentu. Tetapi baca bukan sekadar baca. Sediakan kamus, pen dan kertas untuk mencatat perkataan-perkataan yang susah.
Kemudian saya akan bina ayat menggunakan perkataan itu dalam tugasan. Perhatikan cara penyusunan ayat dalam jurnal tersebut. Jika didapati menarik, saya akan menyalin dalam buku nota dan cuba aplikasikan semasa membuat tugasan. Insya-Allah kita akan lebih mudah untuk menguasai bahasa Inggeris.

3. Mendengar dan menonton siaran berbahasa Inggeris

Sejak kecil saya telah didedahkan dengan siaran berbahasa Inggeris. Antara siri drama televisyen dan filem yang saya sering tonton adalah Star Wars dan Macgyver. Sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk memerhatikan gaya bahasa yang digunakan pelakon sewaktu bercakap.

Selain itu, saya memaksa diri untuk menonton atau mendengar siaran berita dalam bahasa Inggeris kerana ia mempamerkan gaya percakapan formal menggunakan lingua franca ini. Salah satu perkara yang saya suka lakukan adalah jika saya menonton siaran Melayu, saya akan membaca sarikata bahasa Inggeris. Lebih mudah untuk mendapat vocabulary baharu dan memahaminya dalam konteks bahasa Melayu.

4. Bercakap dalam bahasa Inggeris

Orang kata kalau malu, cakap depan cermin. Tetapi saya tebalkan muka dan terus menggunakan bahasa ini semasa berinteraksi dengan guru-guru dan emak abah. Hobi pelik saya semasa waktu lapang adalah menelefon talian khidmat pelanggan seperti Tm dan Maxis, kemudian menggunakan Bahasa Inggeris berinteraksi dengan mereka.

Walaupun sering gugup dan dikritik abah kerana penggunaan ayat yang salah dan tatabahasa yang berterabur, saya merasakan cara ini banyak membantu saya untuk lebih yakin menggunakan bahasa ini.

5. Jangan takut untuk dikritik

Pada awal saya memberanikan diri berbahasa Inggeris, saya seringkali dikritik, diejek dan juga dimarahi kerana grammar yang salah. Tetapi itulah sebenarnya yang membuatkan kita belajar dan membetulkan segala kesilapan agar tidak mengulanginya pada masa hadapan.

Satu perkara yang kita harus fahami ialah menguasai bahasa Inggeris tidak bermakna kita mengenepikan bahasa ibunda kita, bahasa Melayu. Hakikatnya, bahasa Inggeris merupakan suatu keperluan yang bakal membuka pintu-pintu ilmu untuk kita dan memberikan kita satu platform besar untuk memajukan dan memartabatkan ummah.

Semoga tip-tip yang diberikan tadi dapat membantu anda untuk memulakan langkah hari ini.

[Amalina Annuar]

Advertisements

One thought on “AKU TAK PANDAI “SPEAKING”!

  1. MasyaaAllah TabarakAllah,,, perkongsian yang sangat bagus ukhti… Ana sendiri slumber jerk speaking berterabur dgn lecturer.. Moga ana dpt menjadi sperti ukhti juga :’)

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s