PEMUDA PILIHAN PEMILIK AGAMA

image

Putihnya salji
Putih lagi hatinya
Merahnya saga
Merah lagi jiwanya
Langit pabila hujan akan guruh sebelumnya
Pemuda pabila ditusuk kan berkorbar semangatnya
Yang dinanti adalah si pemuda gagah perkasa
Dialah pemuda merindukan redha Tuhanya.

Biar pun sedikit
Tetapi sedikit itu besar kualiti
Seperti rakaman Allah dalam kitab suci
Musuh islam berjaya ditangani.

Hari ini dunia masih mencari-cari jiwa si pemuda
Dunia hari ini kelemasan dengan maksiat dimerata-rata
Umat semakin tenat dibuai tipu daya
Jangka mereka itulah bahagia tapi hakikatnya sengsara.

Wahai pemuda
Umat hari ini memerlukan kamu semua
Bangkitlah sedarkan pada yang lena
Berpautlah hati dengan izin-Nya
Jangan bercerai kerana dunia
Kerana engkau pilihan Pemilik agama.

Masalahnya perkara ini
Bukanlah kerana tiada teladan untuk dicontohi
Tetapi umat hari ini yang malas membaca
Bukan tiada masa untuk diisi
Tetapi masa yang ada selalu di persia-sia.

Coretan kebanyakan mereka hanya luahan semata
Luahan cinta dunia yang penuh tipu daya
Wahai, sekiranya kita sedar rencana musuh di sekeliling kita
Pasti kita kan bangkit membenarkan hak  menolak batil bersama
Kan kita siap sedia sentiasa
Dengan bekalan iman dan taqwa
Bersama-sama sahabat yang mengimpikan syurga.

[Norsyahidda Bakry]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s