PERSIAPKAN DIRI, USAH MENZALIMI

image
Kredit

Baik lelaki, mahupun wanita. Apabila usia sudah mencapai angka 20-an, sudah ada “ura-ura” (baca : hasrat) untuk  berumah tangga. Betul bukan? Alahai usia lebih muda daripada itu pun ada ~inilah salah satu fitrah daripada Allah SWT kepada kita sebagai manusia. SubhanaAllah. Maha Suci Allah meraikan fitrah kita dengan menyediakan medan perkahwinan sebagai jalan penyelesaian.

Ops! Kalau anda masih bujang, angan-angan jangan panjang sangat. Risau berlaku zina hati pula.

Apa kena mengena dengan tajuk saya hari ini? Persiapkan diri, usah menzalimi?

Baiklah, dengan lafaz bismillah (nak menulis kena tajdid niat juga walaupun di tengah-tengah perenggan), saya mulakan bicara.

Apakah maksud menzalimi dalam kerangka yang saya akan bicarakan ini?

Baiklah, senang cerita bila keinginan ini sampai, ada saja impian tentang bahtera rumah tangga yang bakal dibina kelak.

“Aku nak suami soleh.”

“Aku nak keluarga smw (sakinah, mawadah, warahmah).”

“Aku nak jadi isteri solehah buat suamiku nanti.”

“Aku nak bla..bla..bla..”

Ada tak anda sebegini rupa?  Jangan senyum kalau betul.   Impian itu tak salah dan syukurlah, itu adalah impian yang baik. Tapi jangan berlebih-lebih dalam berangan sehingga mencetuskan penyakit hati. Minta perlindungan dari Allah s.w.t. daripada penyakit ini (istighfar 3 kali).

Tapi , adakah impian sekadar  melepaskan batuk ditangga? Atau orang kata macam ‘Pak jenin’? Maka inilah yang saya maksudkan dengan menzalimi.

Contohnya begini, berangan nak jadi isteri solehah (hah hah) atau pun suami soleh (leh leh) pada suatu hari nanti, tapi hangat-hangat tahi ayam sahaja perubahan sikap hari ini. Haprak tiada usaha langsung ; sekadar angan buat hape!

Inilah yang saya maksudkan, bahawa kamu bakal menzalimi pasangan kamu nanti!

Kamu ingat bila automatik sudah berkahwin, kita 100% akan transform daripada tiada kepada ada? Sepantas abc 123?

Daripada tidak pandai masak telur mata kerbau kepada pandai masak Chicken Chop? Fuh. Kalau dahulu, bangun pagi sahaja jam 11 atau 12 tengahari, 3 petang pun ada, adakah selepas berkahwin kita akan terus bangun 4 atau 5 pagi?

 

Kredit

Dan yang paling menyedihkan , ada juga yang beranggapan bahawa dia akan setia pada yang satu kononnya, padahal masa bujang dahulu berganti-ganti pasangan dan tidak jaga pandangan.

Bukankah ini yang dikatakan menzalimi selepas bernikah nanti?

Tidak mungkin juga. Pasti ada orang yang berubah total selepas berkahwin. Itu kehendak Allah SWT, rahmat Allah SWT kepada yang Dia kehendaki. Tapi apakah kita tawakal tanpa usaha?

Maaf saya katakan, sekarang ini, ramai perempuan berkata “Aku nak pakai tudung lepas kahwin nanti.” “Aku nak berubah selepas kahwin”.

Apakah kamu pasti jangka umurmu akan sampai ke situ? Seakan-akan kita pula yang tahu rahsia Allah SWT tentang umur dan ajal maut kita. Astaghfirullah alazim.

Apakah ayah dan ibumu pada hari ini tidak memberi makna kepada kamu? Sehinggakan kamu sanggup berbuat dosa padahal, ayah kamu akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti?

Apakah kedua orang tua yang melahirkanmu, memaksa diri untuk menahan rasa sakit keranamu, berkorban sebegitu banyak demimu itu tidak penting?

Peliknya, bagaimana kamu boleh sangat yakin bahawa jodohmu akan tiba dan umurmu sangat panjang? Dan adakah benar kamu mempunyai peluang bertaubat pada esok hari? Dan adakah masih ada lagi hari esok?

Jadi, bagi yang memang ada niat untuk mempunyai keluarga smw atau tiada niat pun, perlu untuk berubah hari ini ! Bukan tunggu nanti atau esok kerana jika kamu menunggu hari esok, kamu bakal menzalimi ‘dia’ dan orang lain.

Maka,  perubahan bukanlah sekadar berubah dari segi  personaliti dan kecantikan luaran sahaja. Tetapi perlu juga perubahan dari segi ilmu, kamahiran dan jati diri itu perlu.

Dari mana nak dapat perubahan macam ni?

Tidak lain tidak bukan, suka saya katakan bahawa jawapannya  adalah tarbiah. Ya! Anda perlu ditarbiah dan kenal dengan tarbiah.

Maka, dengan izin Allah, tarbiahlah akan mengajar anda untuk berubah dan terus berubah. Bukan berubah semata-mata menjadi suami soleh atau isteri solehah, tetapi berubah ke arah yang lebih baik dan lebih tinggi darjatnya di sisi Allah SWT, Insya-Allah. Jika kamu berubah kerana Allah, maka Allah akan menolong dalam urusanmu. Yakinlah.

Anda pernah dengar firman Allah SWT “Lelaki baik untuk perempuan baik…?” Pernah dengar bukan? Famous kot!

Jadi tuntasnya, nak suami soleh, awak kena solehah dahulu. Sudah cukup solehah buat ibu dan ayah? Agak-agak sudah berjaya mendapat redha mereka ?

Kalau belum, action now !

Tetapi, niat perlu betul. Bukan sebab untuk mendapat suami soleh atau isteri solehah, tapi demi mencari redha Allah SWT semata! Tidak selain itu, okay?

Apa sahaja yang hendak dilakukan adalah  semata-mata mencari redha Allah, Ok? Set.

“Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (Q.S. 51:56)

Saya pernah terpukul dengan ungkapan seorang mak cik ini, “Anak dara sekarang macam buah strawberi , luar cantik dan comel. Isi dalam masam.

Iyalah, kalau hendak keluar bukan main melawa, tapi bangun pagi lambat, kerja rumah malas hendak buat, barang sendiri bersepah dalam rumah, mandi tengahari buta…” Eh, tengah hari pun buta ke? Haha…

Okay. Anda terasa tak? Kalau tidak, tahniah anda bukan berada dalam kategori buah strawberi. Mungkin anda buah epal , cantik di luar dan cantik dalam juga. Kalau tidak setuju, pilih buah-buahan sendiri ya. Ciku, langsat, durian … Eh.

Baiklah. Berbalik kepada anak soleh dan solehah. Anda boleh mula daripada bangun tidur jam berapa, subuh anda seawal jam berapa? Mulakan persiapan diri jam berapa? Jam berapa mula kemas rumah ( basuh, sidai, lipat baju, sapu lantai dan lain-lain)? Pakaian anda hari ini bagaimana? Tilawah Quran anda? Dan macam-macam lagi ilmu yang perlu anda kaji dan pelajari untuk mengejar kesolehan.

Bagi lelaki pula, cuba check jam berapa anda bangun? Jam berapa anda bersiap ke masjid untuk solat Subuh? Pepagi buta ada tidak anda tolong mak, kakak dan adik perempuan anda masak dan mengemas rumah?

Atau adakah anda sentiasa membantu ayah melakukan kerja-kerjanya? Macam  cabut rumput luar rumah, basuh kereta, gotong-royong masjid dan sebagainya? Ada tidak? Kalau ada, anda memang osem !

Jangan berharap sesuatu yang baik datang kepada kita dahulu sebelum kita sendiri yang memulakannya. Soleh dan solehahkan diri memasing okay?

Jom sama-sama kita menjadi hamba Allah yang diredhai dan jangan kita menzalimi pasangan jika Allah anugerahkan kepada kita kelak ! Selamat beramal !

**********************************

Nak perbaik diri? Cuba buat ni :
Senaraikan … sikap negatif memasing.. lepastu dibawah sekali tulis besar sebesar yang boleh ayat “will me marry me?” .
Pk beberapa jenak, nak ke aku kahwin dengan pasangan yang ada sikap sebegini?

****************************

CONTOH
-Sikap negatif aku-
1. Bangun 10 pagi
2. Mandi 1 tengahari
3. Tak tolong mak masak tapi tolong makan
4. Lepas makan tidur
5. 4.00 petang solat zohor
6. Tidur 2 pagi sebab main COC
7. Suka main game pagi petang siang malam
8. Tak suka bersenaman
9. Mandi sehari sekali
10. Malas tolong mak ayah bila suruh beli barang
11. Isap Rokok 1 kotak 1 hari
12. Pergi masjid bila time tarawih sahaja
13. Suara meninggi pada mak ayah
14. Couple
15. Panas baran

Kemudian, diikuti dengan menulis ( will you marry me?) dan tampal di tempat-tempat yang selalu anda nampak benda alah ni.

“WILL ME MARRY ME?” —————————————–
1. Bangun 10 pagi
2. Mandi 1 tengahari
3. Tak tolong mak masak tapi tolong makan
4. Lepas makan tidur
5. 4.00 petang solat zohor
6. Tidur 2 pagi sebab main COC
7. Suka main game pagi petang siang malam
8. Tak suka bersenaman
9. Mandi sehari sekali
10. Malas tolong mak ayah bila suruh beli barang
11. Isap Rokok 1 kotak 1 hari
12. Pergi masjid bila time tarawih sahaja
13. Suara meninggi pada mak ayah
14. Couple
15. Panas baran

Pengsan. Ada ke orang nak datang merisik? Haha.
Jangan menzalimi pasangan anda dikemudian hari, malah jangan jadi bad role model untuk bakal anak-anak anda dikemudian hari, No no and no. kelak anda sendiri menyesal tak sudah. Rugi dunia akhirat. Mahukah?
Ustaz saya kata, nak didik anak adalah waktu kita sebelum nikah. Fikir-fikirkan 😉
Tepuk dada tanya iman.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s